Ada berita baik. Saya sudah dapatkan stok baru kedua-dua buku conteng Jimi terus daripada gudang penerbit (PTS). Ini kali ketiga saya mendapatkan stok. Sebelum ini sudah hampir 200 naskhah saya poskan kepada pembeli-pembeli. Malahan, naskhah untuk simpanan saya dan isteri pun kami terpaksa berikan kepada pembeli dahulu sebab tak mahu pembeli tunggu lama untuk saya dapatkan stok yang baru. Terima kasih sangat-sangat untuk sokongan anda.
Kepada yang berminat untuk mendapatkannya terus daripada saya, bolehlah hantarkan maklumat berikut contengconteng@yahoo.com:-
Kod Item: Raksasa Misai & Jambul Alif
Nama Penerima:
Alamat Pos:
No. Tel:
Saya akan emelkan nombor akaun dan prosedur pembayaran selepas tempahan formal dihantar.
Atas permintaan ramai di facebook sebelum ini, 'business card' contengconteng juga akan diselitkan sekali dengan setiap pembelian mulai hari ini.
Untuk info penuh buku conteng Jimi (sinopsis dan sebagainya), sila baca entri: Buku Conteng Jimi.















