Pengenalan


Assalamualaikum. Terima kasih kerana melawat blog ini. Nama saya Fadhli Hamdan, seorang 'penconteng' berasal dari Kuala Lumpur, Malaysia.

Idea untuk blog 'contengconteng' datang daripada hobi saya dulu. Semasa di sekolah rendah, saya selalu beli buku latihan sekolah dan tulis perkataan 'conteng2’ di kulit hadapan. 'Buku conteng2' itu menjadi tempat luahan kreativiti saya. Daripada gambar orang lidi sampailah lukisan rumah kampung, semuanya saya contengkan di dalam buku itu. Setelah sekian lama meninggalkan hobi ini, kini, saya mulakannya semula dengan menggunakan medium blog pula.

Sejak memulakan blog ini pada 2010, saya sudah hasilkan beberapa buku, sama ada diterbitkan sendiri ataupun dengan penerbit buku. Koleksi lengkap hasil kerja saya boleh dilihat di sini

Sekiranya anda pertama kali di sini, anda boleh baca entri pertama di sini. Dapatkan juga perkembangan terkini dan lihat proses kerja saya di facebook, instagram, dan twitter. Sekiranya anda ada sebarang soalan lanjut, boleh juga emel saya terus di contengconteng@yahoo.com

Selamat berkenalan dan selamat membaca!