Terkini, 29/7/2011: Buku Conteng2 Edisi Pertama kini dicetak semula dalam versi lebih kompak (kandungan masih sama). KLIK SINI untuk membuat tempahan. Terima kasih.
Hai! page ini bertujuan untuk membawa bersama semua pembaca dalam 'ekspedisi' menyiapkan 'Conteng Conteng Edisi Buku'. Segala proses pembikinan buku ini akan diupdate di page ni sampailah ke tarikh ia mula dijual. Jom join!
1 Sept, 2010: Voting in Progress.
| Idea nak buat 'conteng conteng edisi buku' sebenarnya dah lama terfikir cuma tak tau bila nak mula. Yang penting sekarang pembaca. Kalau ada permintaan barulah aku mula betul betul. Jadi minggu lepas aku buat satu poll nak tengok respon awal. Banyak jugak yang bagi respon setakat hari ni. Lepas raya aku akan check balik resultnya. Dah vote? |  |
3 Sept, 2010: Hmm..Nak Kena Shopping Ni..
| Ini la tempat aku letak semua sticky notes dan perkakas yang lain. Kebanyakan material untuk buku nanti akan pakai jenis kertas 'sticky note' yang sama dipakai untuk blog. Bila ada masa untuk shopping aku akan beli kertas kertas yang lain sikit. |  |
4 Sept, 2010: Cover Buku, Kertas, dan Teh Tarik.
| Semalam lepak minum teh dengan Sheila (tunang saya). Sambil minum teh tarik, kami cari idea untuk cover buku, fikir pilihan yang ada untuk 'bind' buku tu, dan tengok tengok sampel kertas yang sesuai untuk digunakan. Stickers kosong pun ada beli. Hmm..nampak tak buku Dato' Lat kat situ? |  |
| Aku habiskan poll awal sikit. Lagipun nampaknya majoriti sokong projek ni. 211 setuju dan 5 tidak setuju. Aku dah tak sabar nak mulakan projek ni. Terima kasih kepada semua yang vote! |  |
5 Sept, 2010: Design untuk Cover dah Siap!
| 2, 3 jam jugak lah aku cuba beberapa design yang berbeza sebelum aku betul betul puas hati. Yang sebelah kanan ni cuma cebisan cebisan daripada gambar cover buku yang sebenar tau. Kalau tunjuk gambar penuh nanti tak suprise dah la kan? =) |  |
6 Sept, 2010: Apa Isi Kandungannya? Hmm...
| Rasanya mungkin ada yang tertanya apakah isi kandungan buku ni nanti? Adakah akan copy dan paste semua entri entri dari blog dan dijadikan sebagai 'buku koleksi'? Jawapannya adalah tidak. |  |
| Aku akan muatkan cerita cerita baru dan eksklusif untuk buku sahaja. Apa yang ada di buku takkan ada di blog. Hanya ada beberapa entri sahaja dipilih dari blog yang akan dimuatkan sekali. Proses 'brainstorming' sudah bermula! |  |
14 Sept, 2010: Dah Puas Beraya!
| Dah puas dah aku beraya. Banyak sangat idea yang datang masa cuti raya. Mungkin sebab otak aku sangat tenang untuk seminggu lebih ni. Projek buku kini diteruskan! |  |
15 Sept, 2010: Mencari Inspirasi di IKEA, Mid Valley, dan Kedai Kertas.
| Inspirasi boleh datang dari mana mana. Hari ni pergi IKEA cari sedikit sumber inspirasi itu. Aku tengok tengok idea idea warna dan komposisi untuk buku nanti. Dah puas berangan di IKEA, kami ke Mid Valley pula. |  |
| Inspirasi datang lagi di Mid Valley. Ingat tak masa kecik kecik kita selalu main belon tiup 20 sen tu? Hmm..nak masukkan sikit la dalam buku. |  |
| Seterusnya kami ke kedai buku. Banyak betul pilihan kertas yang ada. Aku dah borong kertas yang berkualiti dengan ketebalan '100gsm'. Selalunya kertas print yang kita biasa pakai di sekolah dan ofis hanya 70gsm atau 80gsm je (contoh: kertas AA). Aku puas hati dengan kualiti kertas yang aku dah borong ni! Yes! Aku borong kertas cukup untuk buat dalam 20 salinan buku untuk first print. Siapa yang buat bayaran terawal nanti akan dapat yang first print ni. Bila dah habis baru aku akan buat 2nd print pula. |  |
| Setakat ni dah 15 entri baru untuk buku dah disiapkan. InsyaAllah selebihnya akan siap dalam masa terdekat. Kalau boleh nak mula jual hujung bulan ni. Amin. |  |
17 Sept, 2010: Contengan Sudah Setel!
| Fuuuuhhh....hari ni sangat gembira sebab akhirnya contengan entri entri baru untuk buku sudah beres! sekarang masa untuk menulis pula! | .JPG) |
20 Sept, 2010: Tarikh Penjualan Buku Sudah Ditetapkan.
| Ramai yang dah mula bertanya bila buku akan mula dijual malah ada yang tak kisah nak bayar dulu. Oleh itu, saya sudah tetapkan tarikh buku mula dijual adalah pada 1 Oktober 2010 dan bayaran boleh mula dibuat pada tarikh itu. Harga juga akan diberitahu pada tarikh tersebut. |  |
22 Sept, 2010: 95% Sudah Siap.
| Semua contengan dan penulisan sudah selesai. Proses mengedit pun dah selesai. Setakat ni sudah hampir 40 orang yang berminat nak beli jadi aku akan tukar plan asal untuk print 20 salinan kepada 50 salinan untuk first print. |  |
| Dalam buku ni, aku selitkan contengan memori di zaman sekolah rendah, |  |
| memori di zaman asrama, dan banyak lagi! |
 |
24 Sept, 2010: Ink Original.
| Aku pakai ink original untuk print semua entri entri buku. Alhamdulillah setakat ni tak ada apa apa masalah lagi. Secara terus terang, aku sendiri dah tak sabar nak jual buku ni. Aku nak ucapkan dulu terima kasih kepada semua yang akan beli buku ni. Sokongan anda itu akan memastikan kelancaran blog ini. 6 hari saja lagi! | .JPG) |
26 Sept, 2010: 50 salinan untuk 1st print.
| Sekali lagi Alhamdulillah kesemua 50 salinan buku berjaya disiapkan. Cuma tinggal nak ambil gambar, bungkus dan hantar kepada anda semua! |  |
27 Sept, 2010: Antara 'Spider Binding' dan 'Simple Binding'.
SPIDER BINDING
Walaupun kosnya sedikit lebih tinggi daripada 'Simple Binding', ada beberapa sebab aku pilih spider binding:
1. Nampak macam sketchbook.
2. Kualiti kertas akan lebih terjamin sebab kertas tak akan ter'kelepet' bila nak baca.
3. Senang nak baca sebab boleh buka luas luas. |  |
SIMPLE BINDING
Walaupun harganya murah, tetapi:
1. nampak macam buku thesis.
2. bila nak baca akan senang terkelepet kertas.
3. susah nak baca sebab tak boleh buka luas.
4. tape yang dipakai tu akan nampak buruk sikit.
(buku di sebelah kanan ini memang buku thesis masters, bukan buku conteng conteng ye.) |
 |
29 Sept, 2010: The Final Touches.
| Dah sampai masanya buku buku ini sampai ke tangan penyokong blog conteng conteng setelah sekian lama menanti. |  |
| Terima kasih kepada Sheila yang sudi memotong 50 stickers untuk ditampal sebagai cover buku. Setelah tertampalnya stickers untuk cover buku, maka.. |  |
| 'Conteng Conteng Edisi Buku' sudah 100% siap. Alhamdulillah. Tepat pukul 11.59 malam hari esok (Khamis, 30 Sept 2010), page untuk buku ini akan dibuka dan order pun boleh dibuat secara formal. 50 pembeli yang membuat bayaran terawal akan mendapat 1st print 'Conteng Conteng Edisi Buku'. Jumpa lagi! |
 |
89 KOMEN:
nak buku conteng2:):)
ok! dah masukkan nama sue dalam list! =)
cant wait!!
baru 10 minit lepas tahu kewujudan blog ni, yet i cant wait for the book! sila masukkan nama saya dalam list juga! :D
Ok! saya sendiri pun tak sabar nak siapkan projek ni. =)
tengs conteng2:):)
wahh! nak jugak nak jugak :) saya suka sungguh blog ni. hebat!
thanks! kalau nak boleh masukkan nama dalam list. senang nak bajet nak print berapa nanti. =)
semoga berjaya.
terima kasih!
ehehe...rajen tul lah kwn aku nih~
(woit, dtg lah braye rmh aku nnt)
nak jugak! tapi mcmna nk masuk in list?
@liana aziz - saya dah masukkan nama liana dalam list =)
saya nak dalam list jugak..mesti mantap conteng-conteng edisi buku ni..cant wait..cepat siapkan haha
ok mohamad. ada cara saya boleh contact mohamad?
akan dijual di kedai kedai buku tak? ke secara online je?
wah :D mcm bst je . aku nk jgk buku ni tp harga bpe ? haha
@Ashraff Mokhtar - jual secara online je. direct beli dari saya.
@osman - harga masih tak ditetapkan la osman. sekarang tengah focus on content dulu. harga akan diberitahu nanti okeh.
sila masukkan nama saya dalam list juga ye ? thanks :D
ok osman. dah masukkan.
saya nak! ;)
gud luck...!! semoga berjay awat dgn suksesnye....nak tau gak apa bukunya ni.... hmm...masuk nama dalam list? apa tu
List tu cuma list orang yang nak tempah buku tu bila dah siap nanti sebab first print nanti tak banyak sangat kut. Yang beli buku tu akan dapat free gift! :)
saye nk juge!! :)
nnt ape2 emel saye,okeyh?
gajah_sgtgemok@yahoo.com
okeh!
menarik!!
sy nk jgak boley??
;)
mestila boleh!
wahh!!sy pn nk jugak bleh??
boleh!
encik fadhli hamdan, sy nak gak buku conteng2 tuh!!! serius nih!
fb sy - siti nurdiyana
pjoe! post buku to US x? :))
@Siti Nurdiyana - okeh!
@ecahchan - mestila boleh tapi kos postage lebih la. hu.
fadhli yang baik hati, sila simpankan kita dua kopi buku contengconteng eh! satu untuk simpan sendiri, satu untuk kita beri siapa-siapa yang dapat rezeki. tapi janganlah sampai satu kopi rm25, matilah kita tak cukup duit belanja sehari-hari nanti.
sila simpan, dua kopi eh!
kita kat gaunggua(at)gmail
saye nak 1 jugee....
Hantar Dekat Sabah :)
C kuasa dua, terus kan usaha anda ! :D
wahhhh nak jugak :DD
Tanpa Nama - dah masukkan dah dalam list. bab harga tu susah sikit nak cakap. saya kalau boleh nak kualiti yang paling memuaskan. tapi kalau beli banyak mesti boleh bagi diskaun =). jangan risau ok.
dia - boleh saya tau camne nak contact? nanti boleh hantar personal message.
Music._.Epel - boleh! =)
NajaaAbdullah - terima kasih!
@Lc rascal - buleh! nak contact
congrats bro!.... makin maju... harap2 lepas nie ada publisher nak tolong publishkan...yg edisi lain la...
edisi ni buat untuk sendiri dan peminat2 (special edition)...
p/s : jgn lupa register character, title, dan apa2 yang berkaitan dengan pendaftar hak intelek... takut nanti kene cilok...
Woah! Tak sabar nak beli buku conteng conteng!
@nitestalker - thanks bro. impian nak dapatkan publisher tu memang ada impian tapi nanti kut. thanks!
@Zack Zakwan - tak sabar nak jual juga!
aaa..nk msuk juga..
confirm saya beli!
simpan satu untuk yaya tau fadhli .. ;)
baiklah eqa, nur syaza aiman, dan yaya!
whoa 9 hari saja lagi!
mahu satu ye:D
hanan zainal
\m/
baiklah Hanan.
Encik Fadhli hamdan! Saya nak masuk dalam list juga!! ^^
wuu wuu...Tak sabar nih.
nak buku conteng2 juga..saya suka.....
i-SYA - ok!
*AkU XpUnyA rUpA* - ok!
sy nk jgk tau...
jgn lpe msukkn nm sy...
;)
baiklah ben. hait!
macamana nk dpt buku tue
@warna - nanti beli dari saya secara onlin. 01 oct 2010 boleh start buat pembayaran.
x nk wat dlam version softcopy ke? x yah nk post2. hehe
macam e-book pula? tu boleh buat lain kali pula tu. next next projek mungkin. hu. thanks bagi cadangan.
saya nak 1st copy, buleh? :p hahaha
brapakah nilai sa-buah buku ini? Saya mahu membelinya. hehe!
wardahputeh : salam encik fadhli.. ramainyeee >_< hmmm brminat nk bli.bleh msuk list lg? >> sarah07_gs.at.yahoo.com
insyaAllah ada lagi stok. sekarang ni dah buat 50 salinan dan 1 oktober ni boleh buat order dan bayaran.
harganya pun akan diberitahu 1 oktober ni okeh kawan kawan.
nak jugak..
ade kouta lagi x?huhuh
ade sikit lagi lynn. yang penting lynn buat bayaran terawal nanti dapat la insyaAllah. tunggu 1 Oct ok?
save kan satu copy untuk sy boleh ?
email : sue_milklady95@yahoo.com
orytee..
nnt gtaw cne nk buat byran okeh..^_^
xsabauuu tggu nih..
dah cukup 50org ke dalam list? saya nak beli juga! pembayaran macamana? kalau ada kekosongan lagi lah
emel: rozhanbbb@gmail.com
sueRAFE - ok.
nama.aku.lynn - baiklah. sabar ya. tak lama lagi.
bojan - worait. nanti tunggu 1 oct ok?
sy juge mahu bku ini bley?? hehe..thanks
wah... nk jugak la... bp ek rate harga buku ni agak2nya...
saudara, blog yg comey. tahniah ye.
menumui fadhli.nk jugak buku nie!!
ni email sye..mirza_hail@y.c..masokan nme sye jugk yee :)...
nk! nk! nk!!
1.10? wah! birthday aku..agak agak..leh dpt free tak?
ee.......... macam best je..
buku nanti da bgtau hrga baru nk tmpah..tehee =P
nak jgk!!! cmne nak contact??/
sy nak tau..tau..
saya pun nak.
salam fadhli hamdan.
aritu sy da tempah
20.9.2010
ats nama SITI NURDIYANA...
n da send msg kt fesbuk...
cmne nk byr?
ada lagi tak?? tak dapat 1st batch, 2nd batch pun takpa...... janji i want to have a copy jugak....
intan.sofia@gmail.com
salam.saya juga mahu satu salinan.emel: fazeila.isa@gmail.com terima kasih!
Salam.. Saya juga mahu 1 salinan
yutaka_1682@yahoo.com
bangunan calourful belakang CM (pasar seni) tu ade kedai name "paper galery". Sane mcm2 jenis ketas ade..try la g sane..lg byk pilihan... ^^
baru baca blog ni utk baper minutes yg lepas.
neway tetiba rasa nk order buku conteng2 tue.
mcm sweet jer.
hahaha.
pm me kt fb ya!!.
zinnirah ajman~
conteng2...aku nk bku ni....aku bru tw blog ni..dh like+dh email nk lggn bku dh...nk2!!!...ha3
nak order!!!
tp xtaw caner..
ley send contoh x??
email:cutedracula_gsxr600@yahoo.com
Bro Conteng-conteng.. Apa yang aku nak bagitau dekat ko ko memang power! Blogger + Usahawan. Teruskan usaha anda. =)
c2..kalo buku nie ade lagi..nak 1 yo!
e-mail: art_anischan@yahoo.com
askum. kl ade jual lg buku conteng2 ni, nk beli..
email: wafazman@gmail.com
terime kasih.
kt mane boleh beli ?
ade lebih x...?:(
kalau la di buat semula yang 1st edition ni..
saya nak tau :)
Catat Ulasan
TERIMA KASIH