12.9.15

Tip Lukis Ekspresi Muka

Emosi adalah jantung sesuatu cerita. Kalau kita baca cerita yang sepatunya beremosi sedih tapi ekspresi muka karekter-karekternya semuanya nampak sebaliknya, mesej cerita itu mungkin tak sampai kepada pembaca.

Jadi macam mana nak perbaiki teknik lukis ekspresi muka?

Saya nak kongsi tip daripada lejen Disney, Glen Keane. Beliau ajar anaknya melukis eskpresi muka dengan cara mudah dan berkesan.

Pertama, beliau beri anaknya sekeping kertas dengan lukisan bulat-bulat. Kemudian, beliau suruh anaknya berlatih lukis ekspresi-ekspresi muka pada setiap bulat itu mengikut imaginasinya sendiri. Contohnya macam yang yang saya buat di bawah ni:

Seronok jugak praktis macam ni!

Saya rasa kuncinya di sini adalah tiada cara yang fixed untuk gambarkan sesuatu jenis ekspresi muka. Teruskan bereksperimen. Apabila lukis sesuatu ekspresi muka, cuba lukis bengkang-bengkok sikit kedua-dua keningnya, cuba julingkan matanya, cuba sepetkan matanya. Lihat hasilnya dan perbaiki apa yang patut.

Kalau masih buntu, cuba lihat bagaimana pelukis-pelukis lain lukis ekspresi muka pada karekter-karekter mereka pula. Lihat perincian yang mereka tambah pada karekter tu untuk gambarkan ekspresi muka dengan lebih efektif.

Contohnya macam saya buat di bawah. Gambar kotak susu adalah lukisan saya, manakala gambar karekter lelaki adalah gambar rujukannya.
Ekspresi TERKEZUT!

Lihat kedua-dua pipi karekter lelaki itu yang kembung. Ini menunjukkan dia memang tengah leka betul makan.

Sekarang lihat matanya yang kecik sebelah. Begitu juga keningnya sebelah tinggi dan sebelah rendah. Akhir sekali bahu kirinya yang lebih tinggi. Badannya pula senget ketepi dan membongkok sikit. Ini semua perincian yang meyakinkan lagi pembaca yang karekter ini memang terkejut!

Sekarang bayangkan saya nak buat karekter itu terkejut tetapi saya lukis macam ni:
Nak terkucil? Terkejut? Berdiri menyanyi lagu Negaraku?

Karekter ini cuma berdiri tegak, kedua-dua bahunya tegak, dan ekspresi mukanya macam ekspresi 'nak terkucil'. Tak nampak terkejut langsung.

Sekali lagi saya tekankan, memang susah nak lukis ekspresi muka. Saya sendiri masih lemah sebab tu buat banyak rujukan dan berlatih. Kadang menjadi kadang tak.

Kuncinya saya akan teruskan bereksperimen.

***
Soalan bernas daripada Cerolian di instagram conteng2

Entri kali ini adalah respon kepada soalan seorang pembaca setia, Cerolian. Terima kasih kerana bertanya soalan ini di instagram conteng2. Memang banyak saya belajar hasil daripada soalan beliau.

(Gambar maskot kotak susu itu adalah maskot bagi projek kerjasama terbaru saya dengan seorang penulis. Gambar karekter 'lelaki terkejut' tu pula adalah 'sticker' yang saya dapat daripada app facebook messenger).