11.9.15

Proses Pembikinan Siri Famili Jimi (Langkah akhir)


Ok, ini dia langkah terakhir dalam menyiapkan sebuah episod Famili Jimi.

Selepas buat lakaran kasar cerita, saya lukiskan karekter-karekternya sambil pastikan ada ruang kosong untuk dialog.

Selepas tambah bahagian pen dan pensel, barulah tambah teks dan touch up apa yang perlu. Hmmm... bila saya tengok balik hasil akhir episod ni, rasa tak puas hati sebab ayah Jimi nampak terlebih berisi pulak. :|

Apapun, selalunya proses siapkan satu episod ni ambil masa dalam 30 minit sehingga 3 jam.

30 minit kalau lukisannya ringkas. 3 jam kalau anak saya tarik-tarik tangan saya nak ajak tengok Upin Ipin dulu kat youtube. Hehe.

Semua ini saya buat guna tablet Wacom dan software Pixelmator. Ok, kalau ada apa-apa soalan silakan tanya. Saya cuba jawab sebaik mungkin.