11.9.15

Proses Pembikinan Siri Famili Jimi (Langkah 2)

Langkah 2 - Lakaran Kasar Cerita

Ok, bila dah siap tulis idea ringkas dan dialog ceritanya, langkah kedua adalah buat lakaran kasar cerita. Orang putih panggil story board.

Apa yang penting dalam proses ini kita dapat keluarkan gambaran cerita yang terawang-awang dalam fikiran ke atas kertas. Barulah nampak apa yang boleh diubah dan ditambah.

Oh ye, walaupun boleh guna tablet (digital) untuk langkah ni, saya personally lagi suka conteng atas kertas (analog) je. Bila pakai analog, idea lagi senang bercambah.

Sama jugak dengan alat tulis. Tak semestinya kena pakai pen. Saya selalu capai je alat tulis yang ada depan mata. Dalam gambar ni, pensel warna anak saya jadi mangsa.

Jangan marah, anak.

Hasil akhir: "Mana Lagi Sayang?"

Nantikan langkah ketiga.