9.9.15

Proses Pembikinan Siri Famili Jimi (Langkah 1)


Minggu ni saya nak kongsi sikit proses menghasilkan siri 'Famili Jimi'. Ok dah siap pensel? Jom mula:

Langkah 1 - Tulis

Apabila dapat idea, saya selalunya akan tulis dulu idea situasi ceritanya. Bila tulis, senang sikit nak bayangkan apa yang nak dilukis pada setiap panel. Teks mungkin kena tukar sikit semasa hasil akhir tetapi idea ceritanya selalunya tetap sama.

Nantikan langkah kedua (siapa kata menconteng ni senang? :P)