3.9.15

Pemenang Poll!

Hadiah dari UK

Pemilih bertuah poll semalam sudah dipilih dengan mengambil kira komen di twitter, ig, dan fb. Tahniah kepada saudari Adibah Anuar, hadiah dari UK menanti anda!


Selepas baca komen-komen bernas yang diterima (sekali lagi terima kasih semua kerana sudi beri input), saya rasa perlu ada seorang lagi pemenang bagi kategori komen menarik. Oleh itu, tahniah juga kepada saudari Juelina Stanie yang dipilih khas atas komen menarik yang dikongsi: 


Poll ini secara tak langsung adalah berkenaan isu 'Praktikal VS Cantik', satu isu yang puas saya bincangkan kelmarin dengan penulis food/exercise log ini, saudara Hasrizul Hashim (sususejat.com).


Nampaknya keputusannya boleh dikatakan hampir seri.  Jelas kita semua mahu sesuatu produk atau servis itu kalau boleh seimbang dari segi nilai praktikal dan kecantikannya. Apa pun kami akan bincang semula apa cara terbaik untuk puaskan hati pengguna food/exercise log ini nanti.

Keputusan poll.
Apa yang saya boleh janjikan setakat ini, penulisnya memang bersungguh-sungguh mahu berkongsi ilmunya berkenaan diet dan kesihatan melalui projek *Diari Diet v2.0 ini. Manakala designernya pula bersungguh-sungguh nak bagi projek ini nampak cantik tanpa rosakkan nilai praktikalnya. :P

Moga kerjasama ini menjadi. Amin.

*Diari Diet v2.0, projek kerjasama Fadhli Hamdan (contengconteng.com) & Hasrizul Hashim (sususejat.com)