4.9.15

Marry Well


Salah satu buku kegemaran saya, “Steal Like An Artist” tulisan Austin Kleon. Buku ni sarat dengan tip-tip untuk survive dalam apa jua bidang yang anda ceburi. Antara yang paling saya suka adalah ayat "marry well” (muka surat 133). Katanya kalau kita jejakkan kaki dalam bidang yang memerlukan kerja-kerja kreatif (terutamanya bidang seni), maka berdoalah pasangan anda faham impian dan kerenah anda.

Saya setuju. Malah, kalau saya yang tulis buku ni, saya akan letakkan pesanan “marry well” ini pada muka surat 1. Ini kerana selama ini, isteri sayalah partner, pengkritik, editor, dan peminat nombor satu saya.

5 tahun lepas, isteri sayalah  yang lihat contengan saya pada sekeping sticky note dan cadangkan supaya saya buat blog dan aktif melukis semula. Kalau bukan kerana dia, maka dah lama saya ucap bye bye sahaja pada impian dan minat saya dalam bidang seni ni.

Semasa saya sibuk siapkan Buku Conteng2 Edisi Kedua, dialah yang tolong tulis satu persatu hampir 200 alamat pembeli pada kesemua sampul pos.

Sekarang di Manchester, apabila saya sibuk kerja di lab, dialah yang jaga anak dari pagi sampai ke petang. Apabila di rumah saya mahu luangkan sejam dua untuk kerja-kerja kreatif, dia masih berikan masa dan ruang untuk saya.

Oh ya, segala hadiah yang kami beli untuk pembaca juga dipilih oleh isteri saya.

Ramai tak tahu, isteri sayalah orang kuat projek CC ni yang sebenarnya.