10.7.15

Teruskan Menconteng


Semasa saya mulakan blog ini 5 tahun lepas (kejap, jap…. dah 5 tahun!?), tak terfikir akan hasilkan buku dan sebagainya. Niatnya cuma nak isi masa lapang dan saja asah balik bakat yang dah lebih 10 tahun saya tinggalkan. Saya pernah kata kepada isteri saya, "kalau ada SATU, tak perlu banyak, SATU orang (selain isteri saya) yang suka dengan artwork saya, saya dah happy dah”.

Kepada adik itu, saya juga melukis sejak sekolah rendah. Teruskan menconteng. Belilah buku baru, namakannya ‘buku conteng’, dan conteng buku itu. Cari inspirasi. Conteng lagi. Baca komik. Conteng lagi. Belajar rajin-rajin. Conteng lagi, asalkan bukan pada dinding dan tempat lain yang tak patut diconteng (kena letak disclaimer ni kalau tak nanti ramai pulak cikgu marah saya).

Walaupun sekiranya selepas zaman sekolah kita tidak berada di dalam bidang seni, tetapi percayalah bakat dan minat sejak kecil kita itu akan tetap bersama kita, akan tetap membantu kita dalam bidang yang kita ceburi dan sedikit sebanyak dalam kehidupan seharian kita, secara sedar ataupun tidak. Saya tahu kerana saya pun dalam bidang Sains sekarang.

Saya ada satu rahsia. Rahsia yang saya pun sebenarnya baru tahu tahun lepas. Rupanya komik yang saya buat masa darjah 4 dulu masih ada tersimpan. Nak saya kongsikan? Saya yakin adik punya lukisan mesti lagi cantik daripada contengan saya dulu. :)