16.7.15

Selamat Hari Raya!


Sebelum sesi ucapan selamat hari raya yang sangat panjang, saya ada dua berita baik:

1. Diari Conteng Jimi
Buku 'Diari Conteng Jimi' yang terbaru sudah diterima dari pihak penerbit. Buku-buku itu akan diposkan minggu hadapan kepada semua yang sudah membuat pre-order.

2. Siri komik baru!
Saya akan memulakan satu siri komik baru yang akan diterbitkan di blog. Kali ini berformat comic strip (seperti di atas). Tajuknya masih rahsia. Nantikan kemunculannya selepas raya ini.

Selamat hari raya semua. Dengan penuh ikhlas, saya mohon maaf atas sebarang kesilapan dan kekurangan yang ada selama ini. Maaf kan kalau ada terlambat balas email, tersilap hantar buku, tersalah conteng dan sebagainya.

Selamat meluangkan masa bersama keluarga dan kawan-kawan di hari raya tahun ini. Berhati-hati di jalan raya. Jumpa lagi. :)