19.7.15

Kaset Rekod Mimi

Seperti dijanjikan. Ini dia siri terbaru, 'Famili Jimi' yang akan saya terbitkan seminggu sekali di blog. Ini percubaan pertama saya untuk hasilkan siri komik berpanel dengan menggunakan watak-watak dari siri buku 'Diari Conteng Jimi' yang diterbitkan oleh Komik-M.

Di dalam siri Diari Conteng Jimi, ceritanya berkisar kepada keinginan Jimi memiliki sebuah basikal idamannya. Manakala dalam siri "Famili Jimi' ini pula saya cuba perkembangkan lagi kisah kehidupan Jimi. Mana tahu kalau siri komik berpanel ini boleh bertahan lama. Bergantung kepada penerimaan dan permintaan juga. Suka tak konsep macam ni?

Nantikan episod seterusnya minggu depan!