19.6.15

BAKAL TERBIT! Diari Conteng Jimi: Misi Basikal Mimi

Cover depan dan belakang Diari Conteng Jimi: Misi Basikal Mimi

InsyaAllah, kalau ada rezeki bulan puasa ni, buku keempat dalam siri Diari Conteng Jimi (dulu dikenali sebagai 'Buku Conteng Jimi') akan diterbitkan pertengahan bulan depan. Covernya sudah siap. Saya suka cover kali ni sebab nampak lebih santai.

Pejam celik, sudah 3 tahun semenjak buku pertama dalam siri ini diterbitkan oleh PTS (kini siri ini diambil alih oleh Komik-M, anak syarikat PTS). Proses menyiapkan buku terbaru ini dilakukan pada tahun lepas. Mencabar juga nak curi masa untuk siapkan buku ni memandangkan masa tu saya sekeluarga baru sampai di Manchester dan masih menyesuaikan diri


Kanan: Dummy untuk cover Diari Conteng Jimi Keempat, bakal terbit Julai 2015
Kiri: Buku pertama dalam siri ini yang diterbitkan pada 2012.

Kepada yang mengikuti siri ini dan yang sudah menunggu sekian lama untuk cerita terbaru dari watak Jimi, Mimi, dan rakan-rakan, saya ucapkan terima kasih banyak-banyak. Doakan proses cetakan dan jualan buku ini berjalan dengan lancar nanti. Sebarang perkembangan terbaru, saya akan ceritakan dengan lebih lanjut nanti.