14.8.14

TOTO!

Pernah dengar nama 'TOTO'? TOTO ni sebenarnya jenama tilam. Disebabkan jenama TOTO sudah terlalu sinonim dengan tilam, jadi kami panggil tilam sebagai TOTO je, sama macam jenama MAGGI yang sudah sinonim dengan mi segera. 

Waktu kecil dulu memang terkinja-kinja bila mak ayah suruh bentang TOTO di ruang tamu untuk buat alas tidur.

Disebabkan rumah kami rumah dua tingkat, kami akan campakkan satu persatu bantal dan tilam ke tingkat bawah. Sebelum bentang di ruang tamu, aku suka menggelongsor atas tilam dulu.

Bertambah seronok bila dapat tidur ramai-ramai dengan sepupu sepapat. Semua herhimpit-himpit, berebut-rebut nak tidur paling tengah. Sebab apa? Sebab kononnya paling selamat dari gangguan hantu.

Sebenarnya bukan dulu je, sampai sekarang dah ada anak pun masih tidur di ruang tamu pakai TOTO.