10.5.14

Selamat Hari Ibu


Saya sayang ibu saya kerana beliau sudah korbankan segalanya untuk kami adik-beradik. Semenjak kami kecil, ibu cuba sedaya upaya penuhi keperluan dan kehendak kami. Saya ingat lagi, semasa kami kena demam campak, ibu jaga kami setiap hari sehingga beliau pun terjangkit sekali. Kasih ibu tidak terhingga untuk kami semua.

Saya ucapkan selamat hari ibu kepada semua yang bertuah bergelar seorang ibu, begitu juga isteri saya yang sanggup berkorban duduk di rumah menjaga anak sementara saya menjalankan pengajian PhD.

Anda pula bagaimana? Mengapa anda sayang ibu anda?