20.4.14

Tutorial Menconteng

Entri blog ini saya buat kerana rasa teruja apabila dapat tahu Era FM juga kongsikannya di facebook mereka. 


'Menconteng' pun nak ada tutorial?!

Selama ini saya asyik kongsi hasil akhir contengan, jadi kali ini saya nak berkongsi prosesnya pula. Semenjak awal tahun 2014, saya sudah mula gunakan software Corel Painter 12 untuk kerja-kerja 'menconteng' buku atau blog. Jadi proses yang saya kongsikan ini dilakukan dalam software tersebut (kalau saya conteng guna pen dan kertas pun masih melalui langkah-langkah yang sama). 

Langkah pertama adalah sketching. Buat lakaran kasar berdasarkan idea yang ada di dalam kepala. Lebih elok guna pen berwarna supaya senang nak bezakan semasa inking dengan warna hitam nanti. 

Kalau lukis pada kertas, boleh guna pensel mekanikal biru (Warna biru muda senang hilang semasa scanning. Bila scan, boleh pilih option 'scan in grayscale' atau 'black & white'). Oh ya, semasa lakar di atas kertas, jangan tekan kuat sangat, takut warna susah hilang semasa scanning atau semasa padam.

Langkah kedua adalah inking. Selalunya apabila sudah siap inking menggunakan software tersebut, saya akan 'hide' lakaran berwarna biru tadi. Cuma untuk tutorial ini saya kekalkan dulu supaya boleh nampak perbezaannya.

Langkah ketiga adalah coloring. Apa lagi, warnakan lukisan anda sesuka hati.

Lengkah keempat adalah finalizing. Ini proses meng-touch up. Tambahlah dan buanglah apa yang perlu. Teks, kotak dialog, link website rasmi anda dan sebagainya.  Apabila sudah puas hati, maka siaplah 'contengan' anda!