21.4.14

Promosi Sehingga 50%

Untuk membuat pembelian, sila klik sini. Terima kasih.

Selama ini, keinginan saya untuk menghasilkan buku telah direalisasikan oleh kesudian pengikut-pengikut blog yang sudi mengeluarkan sejumlah duit untuk membeli buku-buku yang saya terbitkan sendiri melalui blog. Harga-harga buku yang saya jual sebelum ini agak tinggi oleh kerana kos printing juga agak tinggi. Ini tidak termasuk kos-kos lain seperti workmanship, pengangkutan, pengeposan, masa, dan sebagainya. 

Apatah lagi pada mulanya, kedai printing semasa itu masih 'berkira'  dengan saya dari segi kuantiti, harga, dan waktu pembayaran. Contohnya, saya mahu jual 200 sahaja, tetapi perlu print 1000 naskhah (minimum), jadi boleh bayangkan jumlah kosnya di situ. Saya faham, saya masih baru ketika itu. 

Alhamdulillah, selepas hampir 4 tahun berulang-ulang kali menggunakan khidmat mereka, mereka sudah boleh memberikan lebih banyak ruang untuk saya. Oleh itu, sempena tahun keempat blog CONTENGCONTENG, sudah tiba masanya saya merealisasikan niat saya mengurangkan harga setiap buku yang saya jual (kecuali buku diterbitkan penerbit buku kerana itu diluar kuasa saya). Oleh itu, mulai hari ini, setiap buku yang saya terbitkan akan diberikan diskaun dari 30% sehingga 50%.


InsyaAllah, pada masa akan datang, saya bercadang menambah pilihan buku juga dalam range harga yang sama. Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang tak putus-putus memberikan sokongan sehinggalah kini. 

Koleksi buku conteng boleh dilihat di sini.