2.3.14

Pilihan Rancangan TV/Filem Sebelum Dan Selepas Ada Anak


Aura Upin & Ipin memang tak boleh saya sangkalkan lagi. Sebelum ni saya dah cuba bagi anak saya tengok kartun-kartun lain. Barney? Sesame street? Pocoyo? Doraemon? Teletubbies? Dexter's laboratory? Barbie? Suria baja hitam (yang ni tak masuk akal sangat, tapi cuba jugak)? Boleh kata hampir SEMUA saya dah cuba tapi kartun Upin & Ipin juga yang melekat. Sampaikan mak bapaknya pun dah hafal dialog-dialog comel Upin Ipin. Mana tidaknya, hampir semua episod kami sudah tengok (dan ulang-ulang banyak kali). 

Memang hebat Upin Ipin. Saya doakan kartun Upin & Ipin boleh jadi sehebat kartun evergreen seperti Doraemon. Amin.

2, 3 hujan lebat, Upin Ipin sangat hebat!

Nota: Ada berita baik, insyaAllah saya akan muncul di Malaysia Hari Ini (MHI) TV3 melalui Skype pada Selasa (4 Mac) antara jam 7-9 pagi. Nantikannya. :)