2.1.14

Menyesuaikan Diri

Masuk hari ni dah dua minggu kami di Manchester. Alhamdulillah semuanya OK setakat ni. Dua hari selepas sampai di sini, kami dah dapat masuk rumah sewa. Nasib baik ada kawan di sini yang sudi tolong uruskan hal rumah sewa sebelum kami sampai Manchester. 


Cuaca di Manchester agak kelam dan lembap. Hampir setiap hari hujan. Berbanding semasa aku di US dulu, memang jarang hujan (hmm... mungkin pernah sekali dua je dalam masa empat tahun).


Dalam masa dua minggu ni, dah puas jugak lah pusing-pusing Manchester. Sini pun ada Chinatown. Pergi sana beli kicap dua botol, lepas tu terus balik rumah. 


Ada banyak lagi yang perlu kami belajar dan sesuaikan diri di sini. Rumah pun agak kecil tetapi rasanya dah cukup selesa untuk kami bertiga. 

Dah beli baby cot tapi belum sampai. Bersempit la kejap. 

Sesi pendaftaran pelajar akan bermula bulan ini. Kemudian bermulalah semula perjalanan aku sebagai seorang pelajar. Lain betul perasaannya kali ni. Semoga Allah permudahkan semuanya untuk kami terutamanya isteri dan anak yang pertama kali duduk di negeri orang. Juga semoga Allah kuatkan semangat dan bukakan hati kami untuk belajar pelbagai benda yang baru di sini. 

Nota dibawa dari Malaysia. Nota yang sama aku gantung di dinding bilik di Malaysia semenjak dua tahun lepas.

Oh ye, selamat tahun baru!