14.1.14

Kalendar CONTENGCONTENG 2014 (Percuma)

Kepada yang sudah ada kalendar 2014, campakkannya ke tepi kerana kalendar istimewa CONTENGCONTENG 2014 kini sudah muncul (cewah ayat).

Ok, sebagai tanda terima kasih atas sokongan yang diberikan selama tahun 2013, terimalah kalendar CONTENGCONTENG 2014. Percuma je. Ikhlas daripada saya.

Untuk download/print kalendar penuh di bawah, sila KLIK SINI. Terima kasih. 

Fakta menarik: Susunan hari dan bulan untuk kalendar tahun 2014 adalah sama seperti kalendar 1986.

Fakta lebih menarik: Oleh kerana kalendar 2014 sama seperti 1986, maka kalendar CONTENGCONTENG 2014 ini pun bertemakan zaman 80an dan 90an.

Fakta macamlah menarik: 1986 tahun saya lahir. Wuhuu.

Saya sebenarnya tengah belajar-belajar menconteng secara digital. Ini hasil pertama menggunakan Bamboo Pen & Touch dan software Corel Painter. Terkial-kial la jugak (tapi seronok!) Apapun maaf untuk sebarang kekurangan.

Tags: Free Printable 2014 Calendar Memories 1986 90s 80s