15.12.13

Jumpa Lagi

Tinggal dua hari lagi sebelum aku dan keluarga bertolak ke UK. Kami akan bertolak ke London dan kemudian terus ke Manchester pada 17 Dec ni.

Bercampur baur perasaan sekarang. Takut. Gembira. Sedih. Semua ada. Dulu masa belajar di US masih bujang. Sekarang bawak anak dan isteri. Dulu ambil sijil bachelor je, sekarang sudah peringkat PhD. Senang cerita, the stakes now are much higher. Kalau kecundang, ada orang lain yang akan terkesan sekali.

Apapun insyaAllah, aku akan berikan yang terbaik. Cikgu aku pun pernah pesan, apa yang kita boleh buat adalah usaha dan doa. Selebihnya adalah urusan-Nya.

Jadi, sebelum bertolak, saya mohon juga semua doakan supaya kami selamat sampai di Manchester dan supaya urusan kami dipermudahkan sepanjang kami di sana. Saya juga mohon maaf kalau-kalau saya ada buat kesilapan sepanjang 3 tahun lebih berkongsi cerita melalui blog ni.

Semoga jumpa lagi. :)

Pemandangan biasa bila lalu jalan berdekatan Zoo Negara, KL yang akan dirindukan (nak lukis bangau tapi macam penguin!)