23.8.13

Kad Raya CONTENGCONTENG

Selamat Hari Raya Aidilfitri!

Bulan lepas, saya terima bayaran royalti bagi hasil jualan Buku Conteng Jimi yang diterbitkan oleh PTS. Sebagai tanda penghargaan, saya ambil keputusan untuk gunakan sebahagian daripada jumlah royalti buku itu dan hantarkan kad raya kepada pembaca-pembaca blog (berdasarkan alamat-alamat terkini yang ada dalam simpanan saya). Lebih kurang 300 kad saya dapat poskan.

Saya juga berterima kasih kepada penerima-penerima kad raya yang sudi berkongsi gambar di facebook, instagram, dan twitter. Insha Allah, ada rezeki lagi, saya akan cuba hantarkan lagi di masa hadapan. Harap teruskan sokongan. :)

Nota: Rabu lepas, saya ada sesi bergambar dan interview dengan seorang wartawan Utusan untuk ruangan 'Blogger Pilihan'. Sebarang perkembangan lanjut, seperti biasa saya akan beritahu lagi.