5.7.13

Buku Conteng Jimi (Versi Indonesia)

Semalam saya ke rumah ibu. Katanya ada bungkusan untuk saya. Bila saya buka, rupa-rupanya buku-buku yang saya tunggu-tunggu semenjak bulan lepas sudah sampai dari Indonesia:

"Buku Conteng: Jimi dan Raksasa Berkumis di Sekolah" dan "Buku Conteng: Jimi dan Alif Si Biang Kerok".
Diterbitkan oleh penerbit buku, Penerbit Mizan di Indonesia. 

Kedua-dua buku conteng Jimi versi Indonesia ini diposkan oleh seorang pembaca di sana. Terima kasih Cik Anis! Bertambah istimewa nilai buku ini apabila diposkan oleh pembaca sendiri.

Okay, seperti yang saya janjikan di facebook, berikut adalah beberapa gambar dan teks petikan daripada kedua-dua buku ini:

Tadi sore, teman baikku, Jason dan Ganesh datang ke rumah. Kami biasa main badminton setiap sore. Oh, ya, mereka berdua sudah punya sepeda masing-masing. 

 Mungkin, aku terlalu berpikir negatif. Aku juga sudah  lupa dengan janji yang kubuat bulan lalu. Aku janji mau berubah. Aku akan dapatkan sepeda idamanku.

 Inilah juga kali pertama aku melihat senyuman terukir di bawah kumis lentik Pak Rosman.

 Mengerti! Harus! Whoaaduuhhh!

Oleh kerana kita serumpun, maka mudah sahaja nak faham apabila baca buku-buku conteng Jimi versi Indonesia ini.

Terima kasih kepada PTS (Malaysia) dan penerbit Mizan (Indonesia) atas peluang yang diberikan, dan semua yang telah banyak memberikan sokongan. Saya anggap ini cabaran untuk saya perbaiki lagi kelemahan yang ada. Doakan juga siri buku ini boleh merentas lebih jauh lagi. Amin.

Sampai jumpa! :P

Baca juga: "Buku Conteng Jimi Dicetak Semula di Indonesia".
PTS: pts.com.my
Penerbit Mizan: mizan.com