3.6.13

Impian Ke Luar Negara

Petang tadi, ibu call. Katanya ada surat untuk saya dari Manchester. Petang tadi juga saya redah traffic jam selama sejam untuk buka bungkusan yang sudah lama saya tunggu-tunggu:


Kepada yang sudah lama mengikuti blog ni, mungkin tahu yang di sebalik minat saya dalam bidang seni, saya juga adalah pelajar bidang Sains. Memandangkan tahun ni adalah tahun terakhir pengajian Master saya, jadi semenjak pertengahan tahun lepas lagi, saya sudah mula cari peluang-peluang untuk sambung pengajian ke peringkat seterusnya. Impian saya adalah untuk terbang semula ke luar negara. Kali ini untuk teruskan pengajian PhD pula.


Alhamdulillah, selepas setahun berusaha mencari universiti, menyiapkan research proposal, dan mencari funding, akhirnya beberapa minggu lepas saya dapat satu berita gembira. Sekiranya semua berjalan seperti yang dirancang, saya akan menyambung pelajaran ke peringkat PhD di Manchester, UK bermula 1 Januari, 2014 nanti:


Ada lebih kurang 6 bulan lagi untuk buat persiapan pasport, visa, dan pelbagai lagi dokumen yang perlu. Semoga semuanya berjalan lancar. Amin.

Dalam 6 bulan ini juga, saya merancang untuk terbitkan sekurang-kurangnya dua buah buku:

Buku Nota Edisi Kedua.

Setakat ini, Buku Nota Edisi Pertama sudah terjual lebih 900 unit sepanjang setahun dijual dan pelbagai komen yang saya dah dapat berkenaan buku nota ini.


Saya akan cuba buat beberapa perubahan pada buku nota yang terbaru ini dan harap-harap buku nota ini akan digunakan dengan sekreatif yang mungkin oleh pemilik-pemiliknya nanti.

Buku Conteng2 Edisi Ketiga.

Siri buku ini adalah yang terawal sekali saya hasilkan melalui blog. Saya terbitkan sendiri tanpa bantuan penerbit. Pada mulanya saya print sahaja sehelai demi sehelai di rumah. Kemudian bila permintaan sudah banyak, barulah saya gunakan perkhidmatan kedai printing.

Siri ini menceritakan pengalaman peribadi saya semasa kecil, di sekolah, di US dan sebagainya. Semuanya dalam bentuk cerita-cerita pendek, format yang lebih kurang sama seperti blog ini.

Melalui siri ini jugalah, saya mula berkenalan dengan editor penerbit buku, PTS dan mendapat tawaran menulis/menconteng siri buku yang baru bertajuk 'Buku Conteng' (eh macam kenal). Cuma ceritanya berkenaan watak-watak fiksyen seperti Jimi, Mimi, dan sebagainya pula. (Lihat 'Buku Conteng: Jimi dan Raksasa Misai di Sekolah')

Kali terakhir saya hasilkan Buku Conteng2 adalah pada tahun 2010, jadi saya rasa sudah sampai masanya saya hasilkan edisi yang ketiga. Proses menconteng Buku Conteng2 Edisi Ketiga sudah pun saya mulakan. InsyaAllah, dalam hujung tahun ini akan saya terbitkan. Mungkin ini edisi terakhir untuk siri ini. Saya pun tak pasti. Apa pun, saya akan update selalu di facebook dan blog tentang perkembangannya.

Oh ya, berkenaan siri Buku Conteng Jimi pula, saya akan cuba hantarkan manuskrip kepada penerbit dalam hujung tahun ini juga. Cuma mungkin ia akan muncul di pasaran kedai buku dalam tahun depan, insya Allah.

Hmm..adakah saya akan terus menconteng sekiranya berada di UK? Buat masa sekarang, jawapannya adalah 'ya'. Menconteng adalah hobi saya sejak kecil. Selepas sekolah rendah, saya berhenti menconteng sampailah 3 tahun lepas. Saya harap saya tak kehilangannya lagi.

Contengan hidup diteruskan.