9.6.13

Buku Nota Edisi Kedua: Pre-order



Lagu tema: The Beatles - Yellow Submarine

Terokai kreativiti anda dengan Buku Nota Edisi Kedua!

Buku Nota Edisi Kedua
Seunit RM15 sahaja.
150 muka surat

Buku nota ini sesuai dijadikan koleksi sendiri dan hadiah. Pemiliknya boleh menggunakan buku nota ini sebagai buku catatan idea kreatif, buku lukisan, buku resepi, diari, planner, dan bermacam lagi. Atau dengan kata lain, ia boleh dijadikan 'buku conteng' anda sendiri!

Selingan: Buku Conteng Edisi Pertama dulu pernah dijadikan sebagai buku puisi dan buku nota kelas Mandarin (sangat kreatif!)

PROSES PEMBIKINAN

Projek Buku Nota Edisi Kedua sudah dimulakan dalam minggu lepas. Dalam minggu ini, saya akan berjumpa dengan pihak pencetak untuk memulakan proses cetakan pula. Insya Allah, buku nota ini akan siap selewat-lewatnya bulan depan.

Proses pembikanan buku nota kedua ini agak berbeza berbanding projek-projek buku sebelum ini kerana kali ini, saya bekerjasama dengan dua lagi tenaga kreatif, seorang designer dan seorang lagi photographer.

Tenaga kreatif pertama yang sudi bekerjasama dengan saya adalah designer berbakat, Aja (facebook: Cikaja, The Minimalist). Selepas saya menyiapkan lakaran kasar untuk front cover buku nota ini, beliau telah mewarnakannya. Hasil akhirnya memang comel! Saya sangat berpuas hati dengan hasil kerja beliau: 

Sebelum dan selepas lakaran kasar saya diwarnakan oleh designer berbakat, Aja.

Seorang lagi tenaga kreatif yang sudi bekerjasama dengan saya adalah seorang photographer, Najmi (facebook: Axpic Photography) yang akan mengambil gambar buku nota ini apabila ia sudah siap dicetak nanti.

PROMOSI
Baiklah, untuk projek kali ini, ada dua tawaran istimewa yang disediakan:

1. Penanda buku (edisi terhad) PERCUMA untuk 100 pembeli pertama.

Penanda buku istimewa ini akan diberikan PERCUMA kepada 100 pembeli pertama yang membuat pre-order dan pembayaran terawal (1 unit buku = 1 penanda buku).


2. Penghantaran PERCUMA bagi pembelian 2 unit buku nota ini (atau sebarang pembelian buku-buku conteng bernilai RM30 ke atas). 


Penghantaran PERCUMA juga akan diberikan bagi pembelian 2 unit buku nota ini (atau sebarang pembelian buku-buku conteng yang lain bernilai RM30 dan ke atas). Sila lihat koleksi lengkap hasil kerja saya di koleksi.contengconteng.com. Promosi kedua ini tamat pada 15 Julai, 2013.

Terbaru (18 Julai, 2013): Buku sudah siap dicetak. Sekiranya anda berminat membuat pesanan, sila klik sini.