2.6.13

Buku Nota Edisi Kedua: Front Cover

Kali ni saya nak berkongsi fasa awal proses pembikinan front cover untuk Buku Nota Edisi Kedua. Hampir kesemua projek buku yang saya buat bermula dengan proses yang lebih kurang sama. Sama ada dalam menyiapkan book cover ataupun isi kandungan. 

Langkah 1: Brainstorm. Berangan. Bereksperimen.

Sebarang projek yang saya kerjakan akan bermula dengan proses brainstorming untuk cari konsep yang sesuai. Minggu lepas saya dah menconteng beberapa idea untuk front cover Buku Nota Edisi Kedua:


Langkah 2: Pilih yang paling sesuai dengan konsep buku.

Kemudian, saya pilih satu yang dirasakan paling sesuai dengan konsep. Komen orang lain sangat penting dalam proses pemilihan ni (hmm..terutamanya isteri saya. Kalau dia tak suka, dia akan terus cakap "tak cantik. cuba lagi". Ya, memang pengkritik paling tegas dan jujur tetapi juga paling bagus sebab boleh elakkan daripada masalah syok sendiri). 

Untuk projek Buku Nota Edisi Kedua, saya pilih lakaran di bawah untuk dijadikan front cover:


Langkah 3: Touching up.

Kemudian, saya akan conteng pada kertas yang baru dan lakukan beberapa perubahan pada lakaran asal:


Proses menconteng front cover ni belum berakhir. Saya merancang untuk ambil khidmat designer berbakat lain untuk warnakan contengan saya. Insya Allah. Nanti saya kongsi lagi. Tak sabar nak tengok hasil akhirnya nanti.