19.6.13

Buku Conteng Jimi Dicetak Semula di Indonesia

Akhirnya, semalam saya dapat lihat kedua-dua Buku Conteng Jimi yang kini sedang dijual di toko-toko buku terpilih di Indonesia (lihat gambar, belum dapat pegang). 

Saya juga diberitahu oleh Cik Mirae (salah seorang 'orang kuat' projek Buku Conteng Jimi ini) bahawa kedua-dua Buku Conteng Jimi ini sudah dicetak buat kali kedua di Indonesia. 

Kedua-dua Buku Conteng Jimi versi Indonesia. Sumber gambar: Cik Mirae.

Oh ya, untuk pasaran buku Indonesia, tajuk kedua-dua tajuk asal Buku Conteng Jimi sudah ditukar kepada:

1. 'Jimi dan Raksasa Berkumis di Sekolah' (tajuk asalnya 'Jimi dan Raksasa Misai di Sekolah')
2. 'Jimi dan Alif Si Biang Kerok' (tajuk asalnya 'Jimi Dalam Akibat Jambul Alif')

Selepas saya lihat gambar di atas, saya terus masukkan perkataan 'biang kerok' di Google translate. Maksudnya 'culprit'. Hmm..lebih kurang 'pesalah' atau 'budak nakal' mungkin?

Baiklah, sempena cetakan kali kedua Buku Conteng Jimi di Indonesia, terimalah contengan di bawah:

Jimi dan kucing kesayangannya, Tompok. Saya conteng guna app S Note di Samsung Galaxy Note II.

Semoga lebih ramai yang dapat membaca kisah Jimi dan rakan-rakannya. Juga semoga kita dapat berkenalan dengan lebih ramai pembaca di Indonesia. InsyaAllah.