29.5.13

Buku Nota Edisi Kedua: Pemilihan Jenis Kertas

Saya merancang nak hasilkan Buku Nota Edisi Kedua dalam bulan depan (Jun). Sekarang saya tengah fikir bentuk dan format yang macam mana sesuai untuk projek buku nota yang terbaru ni.

Buku Nota Edisi Pertama. Sudah lebih 900 unit terjual. Kalau nak order, boleh KLIK SINI.

Ok, seperti yang saya cakapkan dulu, saya akan pertimbangkan pendapat pembeli dalam membuat keputusan dalam projek buku nota kali ini. Jadi, jom pilih kertas yang mana satu anda mahukan untuk buku nota kali ini:


Pilih salah satu boleh, pilih dua-dua pun boleh. Cadangan lain juga amat saya hargai. Terima kasih.