30.4.13

Jimi dan Raksasa Berkumis di Sekolah


Ahad lepas, seorang pembaca blog berkongsi gambar di facebook conteng2. Mula-mula saya ingatkan gambar di kedai buku POPULAR ataupun MPH, rupa-rupanya gambar itu diambil di sebuah toko buku di Indonesia:

Gambar diambil di toko buku Graha Media, Kota Makassar, Sulawesi Selatan, Indonesia. Terima kasih Latifah Husna kerana sudi berkongsi gambar. 

Alhamdulillah, akhirnya Buku Conteng: Jimi dan Raksasa Misai di Sekolah sudah pun berada di pasaran buku Indonesia. Tajuknya ditukar kepada 'Jimi dan Raksasa Berkumis di Sekolah.'

'Berkumis'. Comel tajuknya.

Setahu saya, Buku Conteng: Jimi Dalam Akibat Jambul Alif juga sudah berada di sana. Tak sabar nak tahu apa pula terjemahan tajuknya. Harap-harap ada yang sudi berkongsi gambar lagi.

Terima kasih kepada editor-editor, designer, dan semua yang terlibat dalam pembikinan buku ini. Saya juga anggap ia hadiah untuk blog ini yang baru sahaja memasuki tahun keduanya. Kepada semua yang memberikan sokongan selama ini, oleh kerana sokongan anda, kita sudah pun melangkah ke seberang. Doakan cerita Jimi ini boleh bergerak jauh lagi, okay? :)

"SEPEDAAA!"

"Ini Jimi. Dia mahu sepeda."

Nota: Saya sedang siapkan projek terbaru, 'Buku Conteng2 Edisi Ketiga'. Ada apa-apa idea?