15.4.13

Hobi Pelik

Semalam, semasa saya sedag duduk di hadapan kipas sambil dodoikan Sophie (anak), saya teringat satu hobi pelik saya dulu:


Saya suka duduk depan kipas angin, kemudian buat suara robot! Anda pernah buat? Atau mungkin ada hobi pelik lain? 

Hmmm..dah lama tak update blog. Ada la dalam sebulan lebih. Bukannya sengaja tak nak update. Percayalah, saya memang rindu sangat nak aktif menconteng semula di blog dan juga menulis buku. Cuma, saya ada beberapa hal lain yang perlu saya selesaikan dulu. Beberapa 'hal' ini bakal mengubah hala tuju hidup saya selepas ini sekiranya semuanya berjalan seperti yang saya rancangkan. Sebab itu saya perlukan sedikit masa. Apa pun, nanti saya ceritakan lagi. 

Contengan akan tetap diteruskan. Cuma penselnya perlu diasah dahulu. Doakan untuk saya!