28.4.13

Buku Conteng2 Edisi Ketiga: Sedang Mengumpul Idea

Bagaimanakah rupa bentuk Buku Conteng2 Edisi Ketiga nanti?

Sebelum ditawarkan menulis Buku Conteng Jimi oleh penerbit buku, PTS POP, saya bermula dengan menerbitkan sendiri siri 'Buku Conteng2' melalui blog:

Buku Conteng2 Edisi Pertama diterbitkan pada 2010, manakala Buku Conteng2 Edisi Kedua pada 2011.

Sudah dua tahun berlalu.

Saya bercadang untuk hasilkan Buku Conteng2 Edisi Ketiga dalam tahun ini. Sekarang dalam proses mengumpul idea untuk konsep buku dan penceritaan yang sesuai.

Sekiranya anda ada idea yang menarik untuk dikongsi, jangan segan silu untuk berkongsi. Mungkin lain kali saya akan buat poll pula untuk anda pilih isi kandungan sesuai untuk projek ini.

Terima kasih kerana sudi berkongsi!