5.3.13

Diari Diet

Diari Diet
Diterbitkan oleh Susu Sejat Dot Com Enterprise
RM25
172 muka surat
Penulis: www.sususejat.com
Penconteng: www.contengconteng.com

Masih ingat lagi dengan 'Projek X' yang saya ceritakan tahun lepas? 'Projek X' yang saya maksudkan itu adalah projek buku 'Diari Diet' yang bertemakan kesihatan dan pemakanan. Alhamdulillah, proses cetakannya sudah siap sepenuhnya dan stoknya sudah pun saya ambil daripada pihak pencetak. 

Diari Diet ini ditulis oleh seorang blogger, saudara Ejoy yang serius dalam memperjuangkan dan mempromosikan gaya hidup sihat melalui blognya, sususejat.com. Semua ilustrasi di dalam Diari Diet ini pula adalah hasil contengan saya.

Baiklah, apakah istimewanya 'Diari Diet?
Ia menggabungkan konsep 3 dalam 1 iaitu Diet planner + Buku info kesihatan + Personal coaching, pada harga RM25 sahaja (Sekiranya kita hendak mendapatkan ketiga-tiga produk atau servis tersebut secara asing-asing di luar sana, jumlahnya mungkin sudah mencecah beratus ringgit.)

Diari Diet ini boleh dipecahkan kepada beberapa bahagian (teks di bawah saya ambil daripada blog saudara Ejoy sendiri, www.sususejat.com):

1. Kelas Kalori – revisi dari apa yang pernah saya tulis menerusi Kelas Kalori dalam blog supaya lebih terperinci dan mudah difahami, juga disertakan dengan beberapa infografik agar lebih mudah difahami. Proof Read yang saya jalankan sebelum ini menunjukkan mereka suka dengan konsep ini dan mengaku lebih mudah untuk memahami konsep kalori.
Gambar: Konsep kalori diperjelaskan.
2. Panduan menggunakan Diari Diet – sedikit penerangan agar anda faham untuk menggunakannya.
3. Senarai Kalori Makanan dan Senaman – lebih mudah untuk dirujuk apabila hendak mencatat kalori makanan, versi ini juga telah dikemaskini dengan penambahan beberapa item baru. 
 
Gambar: Senarai kalori, protein, karbohidrat, dan sebagainya yang serba lengkap
4. Food dan Exercise Log untuk 365 hari / 52 minggu – Berbeza dengan Diari dan Planner yang ada di pasaran, ruangan “Log” untuk Diari Diet tidak bersifat ‘fix’ untuk tarikh/tahun tertentu; bererti anda boleh mula menggunakannya bila-bila masa yang anda mahu dan bukannya “1 Januari” seperti yang ada dalam kebanyakan Diari/Planner. Ini kerana, saya memegang konsep bahawa untuk berubah dan berazam, tidak semestinya bermula pada 1 Januari setiap tahun, bila-bila masa pun boleh. Sejurus anda menerima naskhah Diari Diet, anda boleh terus menggunakannya! 
Gambar: Ruangan log untuk merekod jumlah kalori pemakanan dan sebarang nota tambahan.
5 – Tips Mingguan – Dilampirkan juga tips dalam setiap muka surat (minggu) agar anda kekal motivasi di samping membekalkan ilmu ‘survival’ dalam menjalani gaya hidup yang sihat dan mantap. 
Gambar: Pelbagai tips mingguan diselitkan bersama.
6. Nota Nutrien – Diselitkan juga beberapa nota untuk anda memahami konsep makanan kepada tubuh badan. 
Gambar: Penerangan yang sangat informatif dan berguna di hampir setiap muka surat.
7. Nota Appendix – Lagi diselitkan nota-nota berguna berkenaan Kalori dan Kecergasan di akhir Diari; pendek kata, setiap muka surat pasti di manfaatkan sebaik mungkin dengan meletakkan nota, nota, dan lebih nota untuk rujukan anda! 
Gambar: Berehat sebentar dengan membaca fun facts dan kata-kata motivasi.
8. Maskot En. SS – Anda akan ditemani En. SS sepanjang anda menggunakan Diari Diet, sehinggalah anda mencapai matlamat yang anda kehendaki. Dengan adanya En. SS yang comel ini, anda pasti tidak bosan mengaplikasikan konsep kalori ke dalam gaya hidup anda. 
Gambar: Maskot Susu Sejat!
9. Lebih info, interaksi dan….. (kalau nak tahu lebih lanjut, anda kena mendapatkannya dan rasai sendiri pengalamannya)
Baiklah, itulah secara ringkasnya keistimewaan Diari Diet ini. Sekiranya anda berminat untuk mendapatkannya, anda boleh tempah terus daripada penulisnya sendiri, saudara Ejoy:


Nota: Memang seronok menconteng untuk projek ini kerana temanya berbeza dengan yang saya selalu buat. Terima kasih saudara Ejoy kerana sudi memberi tawaran bekerjasama!