10.3.13

Button Badge Kucing the Cat (Edisi Terhad)


Button Badge Kucing the Cat (Edisi Terhad)
Satu set: RM12
Postage: RM3

Terbaru (18 Julai, 2013): Pesanan boleh dibuat di sini.

Jom lihat beberapa gambar sepanjang proses pembungkusan:

Rasa macam tengah buat aiskrim Malaysia. Cuma tak boleh makan. 

Nasib baik ada pembantu kecil yang rajin menolong. 

Sikit-sikit... lama-lama..

jadi bukit button badge.

Ini sajalah stok yang ada (dan tidak akan dicetak semula).

Ada lebih kurang daripada 100 set kesemuanya. 23 set sudah ditempah setakat hari ini. 

Terima kasih kepada yang sudah membuat pre-order. Tempahan masih dibuka selagi stok masih ada. Apa-apa perkembangan, saya akan beritahu dari semasa ke semasa. 

Terima kasih juga kepada Pixie Studio yang mencetak button badge Kucing the Cat ini. Saya sangat berpuas hati dengan servis yang mereka berikan.