21.2.13

Setahun Bersama PTS.



Selepas beberapa lama saya memulakan blog ini dan menjual buku conteng2 secara self publish, saya mendapat tawaran menulis oleh sebuah penerbit buku, PTS.

PTS adalah antara salah sebuah penerbit buku yang terbesar dan paling aktif di Malaysia. Sudah hampir setahun saya bekerjasama dengan mereka manakala tiga buah buku saya, siri Buku Conteng Jimi sudah pun mereka terbitkan.

Gambar: Geng PTS yang ceria selalu dan kaya dengan idea menarik. 

Mungkin dalam video di atas mereka nampak agak formal, tetapi bila kita one-on-one dengan editor-editor PTS, mereka semua cool dan sempoi belaka. Alhamdulillah, selama setahun ini, saya berpuas hati dengan gaya kerja PTS yang profesional, telus, dan proaktif. 

Gambar: Sesi melawat ofis PTS. 

Sepanjang pembikinan ketiga-tiga Buku Conteng Jimi, saya dan editor saling saling bertukar-tukar idea dan berbincang sekiranya ada apa-apa isu yang timbul. Kadangkala kami berjumpa, kadangkala kami berbincang melalui emel dan facebook sahaja. 

Gambar: Siri buku conteng Jimi boleh didapati di kedai-kedai buku seperti MPH, POPULAR, dan sebagainya. 3 buah buku sudah diterbitkan setakat ini.

Kami merancang untuk hasilkan dua buku lagi untuk melengkapkan siri Buku Conteng Jimi kepada lima buah buku kesemuanya. Pada mulanya, saya merancang untuk hasilkan dua buah buku itu sebelum pesta buku bulan April ini, tetapi saya terpaksa tangguhkannya dahulu atas urusan keluarga dan kerja akademik yang penting. 

Gambar: Antara novel-novel dan komik-komik terbitan PTS dan Komik-M

Selepas semuanya selesai pertengahan tahun ini, saya nak mula semula menconteng untuk siri buku conteng Jimi dan  harap-harap dapat hasilkan sekurang-kurangnya 5 buah buku lagi dalam masa 5 tahun ini bersama PTS (dengan konsep cerita yang berbeza pula). Itupun sekiranya PTS terus berikan peluang lagi kepada saya.

Oh ya, saya gunakan perkataan 'bekerjasama' kerana saya bukannya diambil menjadi seorang penulis/pelukis tetap. Saya cuma perlu hantarkan manuskrip dan sekiranya ada kualiti dan marketnya, PTS akan terbitkannya.

Gambar: Menconteng adalah hobi masa lapang saya. 

Inilah juga antara faktor besar mengapa saya bersetuju dengan tawaran mereka kerana saya adalah pelajar jurusan sains (dan berharap untuk kekal di dalam dunia akademik dan jadikannya sebagai kareer). Menulis, menconteng, dan membuat kerja-kerja kreatif adalah hobi saya sejak kecil dan saya mahu ia kekal begitu. 

Boleh saya simpulkan, PTS adalah salah sebuah  produksi Malaysia yang harus dibanggakan. Jadi, sekiranya anda juga menyimpan impian untuk menjadi penulis atau pelukis part time ataupun full time, jangan tunggu lagi, peluangnya sudah ada di depan mata.


Jom jadi geng PTS!

Laman web PTS: www.pts.com.my