28.2.13

Februari Perisa Strawberi


Tengah hari tadi saya pergi melawat ayah di hospital di Jalan Ampang. Sempat juga menconteng di henpon:

Gambar: Pemandangan daripada tingkap wad (saya lukis kereta macam kotak mancis!). 

Bulan Februari ini adalah bulan yang berwarna-warni, masam manis, hitam putih (dan sebarang perumpamaan yang berkaitan) untuk saya:
  1. Isteri masuk hospital,
  2. Saya jadi ayah! 
  3. Buku Conteng Jimi yang ketiga masuk surat khabar untuk segmen 'Buku Pilihan',
  4. Anak masuk hospital,
  5. Adik ipar saya beritahu yang dia jumpa Buku Conteng Jimi yang pertama dan kedua di pusat sumber sekolah rendahnya,  
  6. Ayah masuk hospital,
  7.  Penerbit pula beritahu saya yang insya Allah,  Buku Conteng Jimi yang pertama dan kedua bakal diterbitkan di Indonesia pada bulan hadapan.
Bak kata ibu, "Semua ada hikmahnya. Baik ataupun buruk". Kata-kata itu jugalah yang selama ini memberi saya semangat dan membolehkan saya berfikir secara positif selalu. Alhamdulillah. Selamat datang bulan Mac. 

Nota: rasa macam baru semalam dengar orang main mercun, kan?