12.2.13

Badminton Berpagar


Semasa kecil dulu, selain bermain bola sepak, saya suka bermain badminton di depan rumah. Sebelum bermain, kami akan pergi ke kedai runcit untuk beli stok bulu tangkis. Pagar rumah pula dijadikan net badminton:

Cuma masalahnya, stok bulu tangkis asyik habis kerana bulu-bulu tangkis itu selalunya tersangkut di atas bumbung rumah. Jadi keesokannya, sama ada kami pergi beli stok bulu tangkis yang baru, ataupun kami pergi bermain badminton di tengah jalan dan gunakan basikal pula sebagai net badminton. 

Apakah aktiviti petang kegemaran anda?