22.1.13

Malaysia VS Germany


Tahun lepas, selepas dua Buku Conteng Jimi diterbitkan oleh PTS POP, saya ditawarkan oleh penerbit komik, Komik-M untuk menghantar comic strip sebanyak 10 muka surat bagi dimuatkan dalam komik terbaru mereka yang bertemakan bola sepak. Komik itu nanti adalah hasil gabungan karya beberapa pelukis Malaysia (pelukis legenda Imuda pun ada!)

Pada mulanya, saya ragu-ragu sebab saya tak pandai buat komik aksi, apatah lagi nak lukis aksi orang bermain bola. Alhamdulillah, editor berikan kebebasan kepada saya untuk ketengahkan sebarang cerita asalkan ada kena mengena dengan bola sepak. Maksudnya, saya tak semestinya kena lukis aksi orang bermain bola sepak di padang sahaja.

Ini salah satu contengan saya yang akan dimuatkan di dalam komik itu nanti:

Gambar oleh Komik-M

Terima kasih Komik-M kerana beri peluang kepada rookie macam saya. Segan ada, gembira ada, tak sabar pun ada.

Jom sama-sama nantikan kemunculannya di kedai-kedai buku!