25.1.13

Gunung Berapi, Hal-Hal Tertangguh, dan Bayi Tersedu.


Idea untuk jalan cerita Buku Conteng: Jimi dan Kertas Ajaib tercetus selepas saya temankan anak-anak sepupu dan saudara saya menyiapkan projek gunung berapi:

Efek lava kurang menjadi. Macam air sabun. Mungkin sebab lupa nak campur dengan warna.

Tema "3R" juga ada diselitkan di dalam buku tersebut.

Idea yang tercetus itu kemudian bercambah sedikit demi sedikit membentuk plot ringkas. Kemudian, proses menconteng pun bermula:
Sedutan muka surat pertama Buku Conteng: Jimi dan Kerta Ajaib

Ada juga yang sudah bertanya tentang buku ke-4 Buku Conteng Jimi. Hmmm... ideanya sudah ada. Plot ringkasnya pun sudah ada. Tapi, buat masa sekarang, saya belum pasti sama ada saya boleh teruskan menulis dan menconteng buku-buku conteng Jimi yang seterusnya selaju dan seefektif dulu. Saya ada beberapa hal tertangguh yang perlu diselesaikan. Sekiranya hal-hal tertangguh ini sudah selesai, saya akan teruskan aktiviti menconteng buku seperti biasa. 

Oh ya, insyaAllah, saya bakal menerima cahaya mata. Minta jasa baik anda doakan semuanya berjalan lancar. Terima kasih.

Tahukah anda bayi dalam kandungan boleh tersedu-sedu? Itu sangat comel.