30.7.12

Mengambil Gambar Ayah Mengambil Gambar Buku Conteng


Di dalam kekecohan menyiapkan manuskrip, mengupdate blog, membalas emel, mengepos parcel, dan pelbagai tugas harian yang lain, kadangkala muncul momen seperti ini yang membuatkan saya tersenyum dan mahu terus berusaha:

Lokasi: POPULAR, AEON, Melaka. 
Baru-baru ini, saya juga sudah diberi green light oleh pihak penerbit untuk meneruskan siri Buku Conteng Jimi. Kerja-kerja menconteng juga sudah berjalan. Moga-moga semuanya dipermudahkan. 

Apakah misi Jimi dan rakan-rakannya selepas ini?

Nantikannya. :)

23.7.12

Lawatan ke Setiu Wetlands, Terengganu.


Dua minggu lepas saya memenangi peraduan "Live Green" anjuran WWF-Malaysia dan hadiahnya adalah lawatan 3 hari 2 malam ke Setiu Wetlands, Terengganu. Oleh kerana saya dan Sheila tak berpeluang pergi, saya telah memilih seorang pembaca blog, Arasu bersama kawannya untuk menggantikan kami. Arasu juga dengan baik hatinya sudi berkongsi gambar-gambar semasa lawatan itu. Terima kasih Arasu!

(Baca juga artikel daripada WWF Malaysia berkenaan lawatan ini: A “Turtle”-Tastic Trip)

Sekali lagi saya ucapkan ribuan terima kasih kepada Arasu kerana sudi berkongsi gambar dengan kita semua. Terima kasih kepada WWF-Malaysia untuk peluang ini dan juga kepada anda semua yang memberikan sokongan.

Sekiranya anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang usaha pemeliharaan ini, sila lawati website WWF-Malaysia untuk info lanjut.

17.7.12

Banji Roll


Semasa bulan puasa, ibu mengambil tempahan kek Banji Roll. Setiap hari selepas balik dari sekolah, aku selalu tolong ibu siapkan tempahan. 

Semasa pertama kali aku mahu menolong, ibu berjanji akan beri duit upah:


Aku tidak bersetuju kerana aku mahu tetapkan harga upah yang lebih berbaloi:


Ibu bersetuju sambil tersenyum. 

Setelah perjanjian dipersetujui, maka bermulalah kerja menyiapkan tempahan kek. Setiap hari, ibu akan bakar kek dan aku pula uruskan bahagian memotong, menyusun, dan menggulung kek-kek Banji Roll. Kerjanya agak rumit tetapi menyeronokkan. 


Selepas berhempas pulas selama sebulan, masanya tiba untuk mengira jumlah upah:


Dan aku pun berubah ke plan B:

14.7.12

Saifullah & Syarmilla


Selain menconteng, saya juga ada hobi mengedit video. Video di atas adalah hasil tangkapan, potongan dan susunan oleh saya dan seorang kawan baik, Bulost (ya, nickname dia kurang best).

Kepada Epul dan Iela, selamat pengantin baru. Wahai Epul, walaupun dah kahwin, jangan lupa siapa partner in crime kau dulu masa sekolah:


lol. No, seriously. Kami semua sayang kau. Bak kata Faiq, selamat mendayung (entah apa maksud dia pun aku tak tahu. Kau whatsapplah dia).

Special thanks to: Sheila kerana tolong siapkan props yang comel-comel, Atta dan Keng sebab tolong pegang props dan sebagainya. 

***

Nota: Promosi buku nota edisi terhad akan berakhir pada malam esok, 15 Julai, 2012. Terima kasih kepada semua yang membuat tempahan. Lebih 85 buku nota sudah ditempah di dalam dua minggu ini. Sekali lagi saya ucapkan ribuan terima kasih.

10.7.12

Menangi Peluang Melawat Setiu Wetlands, Terengganu.


Klik gambar di atas untuk baca entri penyertaan saya.

Masih ingat dengan entri ‘Selamatkan Penyu Laut’ (gambar di atas)? Entri itu adalah entri penyertaan saya untuk peraduan ‘Live Green’ yang dianjurkan olehWWF-Malaysia bulan lepasBeberapa hari lepas, saya dihubungi oleh WWF-Malaysia (Mr. Brandon Liu) dan berita baiknya adalah: Saya menang peraduan itu!

Sebelum itu, saya ucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang membaca entri penyertaan saya sebelum ini. Hadiah yang ditawarkan oleh WWF-Malaysia adalah percutian 3 hari 2 malam pada hujung minggu ini (13 - 15 Julai 2012), di Setiu Wetlands Terengganu berserta aktiviti melawat pusat pemeliharaan penyu. Selain itu, bermacam lagi aktiviti menarik juga disediakan. Info penuh lawatan istimewa ini seperti berikut:-

The winner is entitled to bring a guest ( A total of TWO (2) pax including yourself).

Transportation included:
1. Round flight - Subang to Kuala Terengganu/ Kuala Terengganu- Subang
2. Transportation between Kuala Terengganu to Setiu Wetlands, Terengganu
3. Transportation between areas in Setiu Wetlands ( for activities)

Accommodation:
1. 3 days 2 nights TWIN sharing room. Pandan Laut Resort, Setiu, Terengganu

Venue(s):
1. Subang Airport ( Departure- 13/7/2012 & Arrival- 15/7/2012)
2. Kuala Terengganu Airport ( Arrival- 13/7/2012 & Departure 15/7/2012) 
3. Kampong Mangkok- Setiu, Terengganu
4. PINK House- Setiu, Terengganu 5. Pandan Laut Resort- Setiu, Terengganu

Activities:
1. Mangrove replanting
2. Banana crisp workshop
3. Traditional kite making workshop
4. A visit to the turtle egg hatchery
5. A visit to the traditional wet market
6. A conservation talk/discussion with WWF-Malaysia & local community- PEWANIS
7. Beach patrolling
8. Etc- etc.

***

Bagaimanapun, oleh kerana saya terikat dengan komitmen lain yang tidak boleh dielakkan pada hujung minggu ini, maka terlepaslah peluang saya ke Terengganu (ya, memang sayang sangat-sangat!). Oleh itu, ada berita gembira untuk pembaca-pembaca blog conteng2. Saya ingin menawarkan hadiah yang saya menang ini kepada pembaca blog conteng2 yang bertuah.

Saya akan pilih seorang pemenang bertuah pada hari esok (11 Julai 2012) sebelum jam 1 petang. Kemudian, beliau akan dihubungi oleh pihak WWF-Malaysia untuk urusan tempahan tiket dan sebagainya.

Saya agak terkilan sebab tak dapat pergi kerana pengangkutan, penempatan, dan aktiviti-aktiviti semuanya ditanggung dan disediakan oleh WWF-Malaysia. Ini adalah peluang keemasan. 

Bagaimanapun, saya akan gembira sekiranya hadiah ini dapat diberikan kepada pembaca blog conteng2. Kepada pembaca bertuah itu, nanti ambil gambar banyak-banyak ok! 

Update (11 Julai, 2012): Terima kasih kepada semua yang menghantarkan penyertaan semalam. Hampir 50 orang juga yang mencuba. Pembaca yang terpilih untuk memenangi percutian ke Setiu Wetlands adalah saudara Arasu A/L Uttran. Tahniah! Pastikan kongsi banyak-banyak gambar dengan kami nanti. :)

Nota: Semalam, saya terlupa untuk ucapkan terima kasih kepada WWF Malaysia kerana menganjurkan peraduan 'Live Green' dan memberi peluang melawat Setiu Wetlands, Terengganu. Terima kasih sekali lagi.

2.7.12

Promosi Buku Nota Edisi Terhad


203 muka surat | Perfect binding 

Senaskhah: RM15 sahaja | Kos postage: RM5 RM3 sahaja

Enam bulan lepas, saya mula menjual buku nota dan sambutan yang diberikan jauh melebihi jangkaan saya. Setakat minggu lepas, sudah lebih 500 naskhah dihantarkan kepada mereka yang juga mempunyai hobi menconteng seperti saya.

Seperti yang saya janjikan minggu lepas di facebook dan twitter, saya ingin buat satu promosi istimewa untuk pembelian buku nota di dalam bulan Julai 2012 ini, sebagai tanda terima kasih atas sokongan yang telah diberikan selama ini:

Setiap pembelian buku nota sehingga 15 Julai, 2012 ini akan mendapat hadiah tambahan tiga keping kad ucapan Kucing the Cat secara PERCUMA! Kos postage juga dikurangkan daripada RM5 kepada RM3 sahaja. 

(Bahagian hadapan)

(Bahagian dalam)
Kad ini boleh dijadikan kad ucapan hari lahir, hari raya, thank you note dan bermacam lagi.

Ini bermakna, setiap pesanan untuk seunit buku nota yang dihantar sehingga 15 Julai, 2012 ini, pembelinya akan mendapat hadiah pensel, pemadam, kalendar, jadual waktu, dan juga tiga kad ucapan. 

(Oh ya, mulai hari ini, setiap pembelian 5 buku nota pula akan mendapat senaskhah buku nota percuma juga. Promosi ini pula kekal sampai bila-bila.)

Update (15 Julai, 2012): Promosi ini buku nota edisi terhad sudah berakhir. Lebih 90 buku nota ditempah di dalam dua minggu ini. Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang menghantarkan tempahan.

Anda masih boleh menghantar tempahan seperti biasa di sini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...