30.1.12

Yo Wazzapakabar?


Masa belajar di US dulu, ramai jugak mat saleh yang nak belajar cakap Bahasa Melayu. Biasanya ayat pertama yang diajar ialah ayat "apa khabar?"

Ada yang terus dapat 'tangkap', ada jugak yang tergeliat-geliat.

Pernah sekali ada mamat ni tanya aku:

Jadi aku pun ajarlah dia:

hasilnya:
Dan inilah dinamakan seperti ketam mengajar anaknya berlari.

25.1.12

Buku Nota: Apakah Contengan Anda?


Alhamdulillah, permintaan untuk buku nota semakin meningkat. Terima kasih sangat-sangat untuk sokongan yang diberikan.

Kalau anda sudah memilikinya, saya ada sedikit permintaan. Saya ingin meminta jasa baik anda untuk berkongsi bagaimanakah akan anda gunakan buku nota tersebut.

Sebagai permulaan, saya nak berkongsi dahulu bagaimana saya akan gunakan buku nota kepunyaan saya.

Saya akan gunakan buku nota saya sebagai buku 'idea dan inspirasi'. Sepanjang tahun ini, saya akan tampalkan cebisan-cebisan gambar dan tuliskan sebarang idea yang boleh memberi inspirasi untuk projek saya seterusnya, 'Buku Conteng² Edisi Ketiga'.

Saya dah pakai empat muka surat setakat ini. Lebih banyak keratan gambar dan idea yang akan saya tampal dan catat di dalam buku nota saya. Harap-harap buku 'idea dan inspirasi' ini dapat berikan saya semangat untuk hasilkan edisi buku conteng² yang seterusnya.

Baiklah sekarang giliran anda pula. Bagaimanakah akan anda gunakan buku nota anda? Adakah anda akan gunakannya sebagai diari? Buku lukisan? Planner? Travelog? Buku kira-kira? Buku simpan resit? Buku hutang? Buku conteng masa dalam kelas? Buku simpan daun kering? Buku nota Fizik/Matematik/Bahasa Jepun? Penyendal pintu? Penyendal kaki meja yang tak rata? Coaster? Origami? Kapal terbang kertas? (dan senarai diteruskan)

Jika anda seorang blogger, anda boleh berkongsi link entri anda di ruang komen di bawah atau di facebook conteng². Jika tiada blog, anda boleh juga berkongsi gambar buku nota di facebook conteng² dan ceritakan sedikit bagaimana anda akan gunakannya. Semua gambar yang dikongsi akan saya muatkan di dalam satu entri istimewa. Beberapa saguhati juga akan diberikan kepada yang terpilih. Terima kasih. =)

Saya tak sabar nak tahu, apakah contengan anda?

18.1.12

Buku Nota: Dah Siap!


Berita baik, buku nota sudah siap dicetak. Saya sudah ambil stok daripada pihak pencetak. Terima kasih ye kerana sudi menunggu.

KLIK SINI untuk info penuh (harga, spesifikasi, dan cara membuat tempahan)

PROMOSI: Tiada caj penghantaran (RM5) akan dikenakan jika anda membuat tempahan dan menjelaskan bayaran sebelum 29 Februari, 2012.

Ada mesej tersembunyi di muka surat pertama. Apakah dia? Dah jumpa nanti jangan beritahu orang lain =P

Setakat hari ini lebih 100 buku nota sudah ditempah. Tak sabar nak poskan buku-buku nota yang sudah ditempah sejak dua minggu lepas.

Penghantaran pertama akan dilakukan secara berperingkat bermula hari esok, 19 Januari kemudian 20 Januari, 2012. Penghantaran seterusnya pula, seperti biasa, akan dilakukan setiap hari Isnin (atau Selasa sekiranya Isnin minggu itu adalah cuti umum).

Jika anda berminat untuk mendapatkannya, sila KLIK SINI untuk info penuh (harga, spesifikasi, dan cara membuat tempahan)

Terima kasih dan SELAMAT MENCONTENG!

10.1.12

Gelung



3.1.12

Buku Nota: Tempahan Dibuka


(Kulit Hadapan)


Hai semua. Buku nota ini adalah projek terbaru saya. Terima kasih kepada semua yang memberikan cadangan. Buku nota ini masih di dalam proses percetakan. 

KLIK SINI untuk membuat tempahan awal. Terima kasih.

Next previous home