7.11.12

RM1


Ogos lepas, saya postkan ini di facebook:


Ada beberapa kelebihan membuat survey dan membuka tempahan awal:

1. Dapat lihat sambutan awal sebelum mulakan sesuatu projek - elakkan kerugian duit dan masa.
2. Pembeli dapat pastikan naskah milik mereka - elakkan masalah stok habis. 
3. Dapat kumpul dana awal (fundraising) - kurangkan bebanan kos printing. 

Oleh itu, terima kasih banyak-banyak kepada semua yang membuat tempahan dan pembayaran awal. Selepas dua minggu buku Kucing the Cat dijual secara rasmi di blog, hampir 200 naskah buku Kucing the Cat sudah terjual. 

Saya juga bercadang untuk hadiahkan RM1 daripada setiap pembelian buku Kucing the Cat kepada badan perlindungan kucing terbiar. Kalau ada cadangan badan yang sesuai, silalah kongsi di bawah (ramai juga yang dah kongsi di facebook).

Berikut pula gambar-gambar yang dikongsi oleh pembeli-pembeli buku Kucing the Cat: 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Comel-comel kan? Terima kasih sekali lagi kerana sudi berkongsi dan terus memberikan sokongan. 

Bagi membuat pesanan, sila klik sini. Terima kasih.