14.11.12

Indonesia


Petang tadi saya ke PTS, penerbit buku yang menerbitkan siri Buku Conteng Jimi. Saya mendapat satu berita gembira daripada pihak penerbit berkenaan siri Buku Conteng Jimi. 

Sedang menurunkan tanda tangan (sempat juga jual buku Kucing the Cat). 

Sebelum itu, dua buah Buku Conteng Jimi adalah dua hasil kerja pertama (debut) saya yang dijual pasaran kedai buku. Ia sudah berada di kedai-kedai buku seperti MPH, Kinokuniya, POPULAR, dan pelbagai lagi kedai buku indie di seluruh Malaysia:


Setakat hari ini, kedua-dua buku tersebut sudah dicetak sebanyak tiga kali semenjak April, 2012. Buku sambungannya juga sudah keluar (tetapi saya akan ceritakan di dalam entri blog yang berlainan tidak lama lagi).

Okey, apakah berita gembira yang saya mahu kongsikan? Jawapannya ada pada tajuk entri blog ini. Ya, sukacitanya dimaklumkan, kedua-dua buah Buku Conteng Jimi bakal dijual di pasaran kedai buku... Indonesia!

Sebelum ini saya memang ada memasang angan-angan hasil kerja saya dapat diterbitkan di luar negara. Semoga pintu yang sudah terbuka ini memberi lebih banyak ruang untuk saya kongsikan hasil contengan saya.

Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada isteri, editor-editor, dan pembaca-pembaca blog yang banyak berikan idea, komen, dan sama-sama membantu mempromosikan hasil kerja saya. Saya berjanji akan perbaiki kelemahan dan kekurangan yang ada.

Semoga Sang Garuda menerima kehadiran saya. 

Doa-doakan juga supaya Buku Conteng Jimi diterima baik di Indonesia. Terus terang, saya rasa gembira, tetapi ada bercampur sedikit gemuruh. Apapun, terima kasih juga kepada PTS dan penerbit buku di Indonesia yang sudi memberikan peluang kepada saya. :)

Nota: Nantikan entri blog seterusnya, info penuh tentang Buku Conteng Jimi yang ketiga!