18.11.12

Buku Conteng: Jimi dan Kertas Ajaib


RM12.90
ISBN-10: 978-967-410-115-2
Terbitan PTS POP Sdn Bhd

Minggu lepas, saya mendapat dua berita gembira daripada editor-editor saya. Pertama, kedua-dua buku conteng Jimi (Raksasa Misai & Jambul Alif) bakal dialih bahasa dan dipasarkan di Indonesia. Kedua, buku conteng Jimi yang ketiga sudah pun diterbitkan! 

Jimi dan Kertas Ajaib adalah sambungan kepada dua buah buku conteng Jimi sebelum ini iaitu Jimi dan Raksasa Misai di Sekolah, dan Jimi Dalam Akibat Jambul Alif:

Di dalam buku conteng yang ketiga ini, Jimi, seorang pelajar yang setiakawan, kreatif, dan berimaginasi tinggi, mempunyai dua misi baru yang sangat mencabar: 
Pertama, Jimi ingin membantu Ganesh membuat persiapan bagi pertandingan lontar peluru di Hari Sukan. Pencabar Ganesh nanti bukan calang-calang orangnya, namanya Laksamana Lui!

Kedua, Jimi dan kumpulannya memasuki Pertandingan Projek Sains Kreatif. Jimi dan kumpulannya sudah merancang hendak membuat satu projek sains yang besar dan menarik sekali.

Mampukah Ganesh mengalahkan Laksamana Lui? Apakah projek sains kumpulan Jimi? Apakah pula dimaksudkan dengan kertas ajaib? Semuanya akan terjawab di dalam buku yang penuh dengan contengan pen dan pensel ini. 

Beberapa lagi contoh muka surat:
Buku conteng Jimi yang ketiga ini juga boleh didapati di kedai-kedai buku kegemaran anda (MPH, POPULAR, dan sebagainya) di dalam masa terdekat. Bagaimanapun, oleh kerana buku ini baru sahaja diterbitkan, mungkin ambil sedikit masa untuk sampai ke kedai-kedai buku tersebut.

Terkini (18 Julai, 2013): Bagi membuat pesanan, sila klik sini. Terima kasih. 

Apalah agaknya yang Jimi sedang lakukan?