Penghantaran pertama buku Kucing the Cat sudah dilakukan hari ini. Sementara tunggu abang posto sampai, jom tengok beberapa gambar sepanjang projek buku kucing gebu ini:
Kucing the Cat adalah watak kucing yang diinspirasikan daripada kucing rumah saya. Semasa entri blog pertama berkenaan kucing itu, saya sengaja namakan sirinya "Kucing the Cat". Suka-suka je. Tak sangka, melekat pulak nama tu.
Ada dua bahagian yang paling saya suka semasa menyiapkan projek kali ni:
Pertama, apabila pembaca-pembaca sendiri yang vote cover buku. Inilah keajaiban facebook, twitter dan blog di mana pembaca boleh ambil bahagian dalam penghasilan buku. 20 tahun yang lepas, proses penghasilan buku mungkin sehala sahaja. Saya mahu teruskan proses interaktif ini. Suatu hari nanti, saya mahu pembaca pilih isi kandungan bukunya pula.
Kedua, apabila bukunya sudah siap (sebab tak sabar nak tengok hasilnya. Sebelum ini cuma tengok di skrin komputer je).
Kemudian, beberapa hari sebelum hari raya haji, saya dan Sheila mula membungkus setiap tempahan yang kami terima. Mungkin ada yang ingat saya buat semua ini seorang diri. Oh tidaaaak sama sekali. Kalau bukan kerana pertolongan daripada isteri, adik, ibu, dan adik ipar saya, boleh terguling-guling sorang-sorang saya dibuatnya.
Secara keseluruhan, lebih 200 buku buku sudah diposkan hari ini (150 daripadanya adalah buku Kucing the Cat). Saya berharap pembaca seronok membaca kisah kucing seperti mana saya seronok menconteng-conteng gambar kucing yang gebu itu di atas kertas.
Kepada yang bakal menerima buku Kucing the Cat, saya sangat-sangat alu-alukan sebarang perkongsian gambar atau review. Kongsikan di facebook atau twitter blog conteng2. Nanti saya kumpulkan di dalam satu entri blog.
Kepada yang belum membuat pembelian, tempahan masih dibuka seperti biasa. Penghantaran seterusnya, seperti biasa, adalah pada setiap hari Isnin. Sekali lagi, terima kasih. Allah sahaja bisa membalas budi baik anda semua.

seronok!!
BalasPadamterima kasih..usaha yang bakal menyenangkan penggemar conteng2 dan kucing the cat..haha
xsabar nk tunggu kucing the cat smpai umah..hohoho...
nak sangat order, tp ongkos enggak cukup.. belum cukup bulan.. bookong dulu boleh....:)
BalasPadammuka kucing the cat yg real tu.. geram nye!
BalasPadamWah! X sabar tunggu pos sampai!
BalasPadamKeep on your creative works, fadhli, insya Allah kitorang support :)
Done submitting the order. Nak bagi as prezzie kat orang ;D
BalasPadamSedang menunggu dengan sabar ni... ^_^
BalasPadambaru ni nampak muka kucing the cat yg betul
BalasPadamTerima kasih. Saya sudah reply semua emel yang saya dapat.
BalasPadamSi kucing itu memang gomoks.
lepas tengok entri yang ni, terus buat tempahan. tiap-tiap hari bukak tutup emel nak tengok sama ada dah reply ke belum. padahal baru sehari. hihi.
BalasPadamMuhammad Hilmi Ahmad - Saya sudah reply emel tempahan. Dah dapat?
BalasPadamwahh siap ada peti pos kat rumah :D
BalasPadamSy dah terima hantaran tersebut. Terima kasih dan moga terus sukses
okesh - Terima kasih. Kalau rajin kongsilah gambar di facebook. :)
BalasPadamSimon's Cat
BalasPadamwah meriah nampaknya sambutan Kucing The Cat :)
BalasPadambertuah kucing tu ade komik.. dahla memang gebu.
BalasPadam*ada banyak stok lagi ke? tokey ade resit tak? :-)