18.10.12

Buku Kucing the Cat: Dijual Secara Rasmi


Alhamdulillah, proses cetakan Buku Kucing the Cat siap lebih awal daripada yang saya jangkakan. Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang sudi menunggu. Inilah dia, buku solo pertama watak sampingan  utama blog ini, Kucing the Cat: 

RM20 | 72 muka surat | 5" x 7.5" | perfect binding

Buku Kucing the Cat dijual melalui blog comot ini sahaja dan ia tidak terdapat di mana-mana kedai buku di Malaysia, apatah lagi di Jepun, German, aaataupun Rusia. Ia juga adalah hasil kerja saya yang ke-6 setakat ini (hasil kerja selebihnya di sini).

Berbanding Buku Conteng2 sebelum ini, saya tambahkan lagi 20 muka surat di dalam buku Kucing the Cat (jumlahnya: 72 muka surat). Di dalamnya penuh dengan aksi kucing yang berhati binatang dan tidak berperikemanusiaan, kerana beliau adalah seekor......ya! Kucing! 

Ia juga sesuai dijadikan sebagai hadiah, lebih-lebih lagi kepada penggemar kucing. Bagi membuat pesanan, sila klik sini. Terima kasih. 

Tiga nota penting:
1. Promosi buku nota percuma (dengan setiap pembelian RM40 ke atas) bakal berakhir pada 31 Oktober, 2012. 
2. Penghantaran pertama akan dilakukan pada Isnin, 29 Oktober (selepas Hari Raya Haji). Sekiranya pembayaran dibuat sebelum 26 Oktober, bolehlah saya hantarkan parcel anda pada 29 Oktober. Penghantaran seterusnya, seperti biasa, adalah pada setiap hari Isnin.
3. Meow.