24.9.12

Buku Kucing the Cat: Sedang Dicetak (Stok Terhad).


Saya ucapkan terima kasih kepada semua yang sudi mengundi cover akhir buku Kucing the Cat di facebook conteng2 tempoh hari. Berdasarkan poll tersebut, lebih ramai yang memilih cover B. Kepada yang memilih cover A, jangan kecewa, saya sudah selitkannya di dalam buku juga. Atas cadangan isteri pula, saya buat sedikit perubahan pada pilihan font, tambahan warna dan tambahan cover belakang.

RM20 senaskhah | 72 muka surat | perfect binding

Manuskrip buku Kucing the Cat ini sudah dihantarkan kepada syarikat printing. Saya harap proses printing boleh siap selewat-lewatnya hujung Oktober ini (sekiranya ada perubahan, saya akan cepat-cepat beritahu di blog dan facebook).

Oh ye, setelah lapan bulan menghilang, akhirnya Buku Conteng2 Edisi Kedua juga sudah ada di dalam stok!

Promosi PERCUMA buku nota pula akan berakhir pada 29 September (Sabtu) ini:
Lihat koleksi buku contengan saya yang lain di koleksi.contengconteng.com

Sekiranya anda berminat membuat pre-order, sila hantarkan maklumat berikut ke contengconteng@yahoo.com:

Nama Item#1: Buku Kucing the Cat
Nama Item#2:
Jumlah Unit:
Nama Penerima:
Alamat Pos:
No. Tel:

Saya akan emelkan nombor akaun dan prosedur pembayaran selepas tempahan formal dihantar. Terima kasih.

Nota: Saya print buku Kucing the Cat dalam jumlah yang terhad. Pembeli yang membuat pembayaran terawal akan didahulukan. 

5 ulasan:

  1. Comell! mohon ada orang hadiahkan. heheh

    BalasPadam
  2. saya ketinggalan updates ini, oh... mahu! mahu!

    *tapi M2U tak cukup le. belum pam lagi.. ada stok lagi tak bro??

    BalasPadam
  3. Ya stok masih ada. Nanti hantarkan tempahan ya. Terima kasih! :)

    BalasPadam
  4. Wahhh baru baca post ni. Harap2 ada stok lg. Sy email skrang :D

    BalasPadam

TERIMA KASIH

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...