26.8.12

Pada Dinding Kayu


Minggu lepas, kami sekeluarga pulang beraya di Melaka.  Di rumah kampung itu, ada satu sudut yang selalu menarik perhatian saya. Ianya di bahagian tengah rumah di mana saudara mara kami selalu berkumpul.
Pada dinding kayu itu, tersusun gambar-gambar ahli keluarga ayah saya. bermacam-macam jenis gambar yang digantung. Antaranya gambar anak-anak buah, gambar raya, gambar graduasi dan gambar kahwin. Susunannya mungkin kadangkala berubah, tetapi generasi demi generasi, bilangannya terus bertambah.