7.8.12

Komik Paling Indie


Semasa di sekolah rendah dahulu, saya suka buat komik sendiri dengan menggunakan buku latihan sekolah. Sayangnya, komik-komik yang saya buat itu sudah hilang entah ke mana.

Jadi, apabila anak saudara saya, Faris tunjukkan kepada saya komik hasil lukisannya bersama kawannya (kecil-kecil lagi sudah pandai berkerjasama, ini bagus!), saya merasakan seperti ada satu semangat ingin menconteng yang meluap-luap keluar seperti lava yang keluar daripada gunung berapi. 

Mari lihat beberapa sedutan daripada komik hasil lukisan Faris dan rakannya:

Tajuknya "DON" (Dragon Ball + One Piece + Naruto).

Gabungan watak-watak yang epik.

"Marilah berlawan dan aku akan berjanji akan menang, marilah lawan!"

"Tak percaya dia macam hantu ditumbuk banyak kalipun dia bangun seperti biasa je."

"Tak berkesan pun"
"Ce? awak tengok kat tangan kau."
"Apa bom letupan?"
"BOOM!"

Begitulah imaginasi seorang pelajar sekolah rendah yang sangat kreatif. Komik anak saudara saya ini juga memberikan ilham dan semangat kepada saya untuk menyiapkan manuskrip Buku Conteng Jimi yang ketiga: 

Antara muka surat terawal. Ada 'feel' yang sama macam komik 'DON' tak?

InsyaAllah, saya akan hantarkan manuskrip Buku Conteng Jimi yang ketiga yang baru sahaja siap ini kepada editor dalam masa terdekat. 

Nota untuk Faris: Kalau Faris boleh jadi kreatif dan rajin macam ni semasa melukis komik, pastikan belajar pun buat benda yang sama okey? 

Baca juga entri: Buku Conteng Jimi