28.8.12

Buku Kucing the Cat: Dibuka untuk Tempahan.


RM20 senaskhah | 72 muka surat | perfect binding

Entri blog pertama tentang Kucing the Cat diterbitkan pada 29 Jun 2010. Semenjak itu, kucing ini sudah membuli tuan empunya blog ini secara berterusan, selain muncul beberapa kali di dalam Buku Conteng² Edisi Pertama dan Kedua sebagai watak cameo. 

Setelah mengambil kira permintaan dan sokongan daripada pembaca blog, Kucing the Cat bakal beraksi di dalam buku solonya tidak lama lagi. Proses contengan sudah pun dimulakan manakala proses cetakan dijangka bermula pada bulan hadapan. 

Bukan itu sahaja. Ada satu lagi berita baik. Selain Buku Kucing the Cat, saya juga akan mencetak semula Buku Conteng² Edisi Kedua yang sudah agak lama kehabisan stok.

Sudah lapan bulan Buku Conteng² Edisi Kedua tiada di dalam stok. 

(Sila lihat koleksi buku-buku contengan saya yang lain di koleksi.contengconteng.com)

Nota: Saya ucapkan terima kasih atas sokongan anda selama ini. Tanpa sokongan anda, tidak mungkin blog conteng² ini boleh bertahan sehingga kini.