2.7.12

Promosi Buku Nota Edisi Terhad


203 muka surat | Perfect binding 

Senaskhah: RM15 sahaja | Kos postage: RM5 RM3 sahaja

Enam bulan lepas, saya mula menjual buku nota dan sambutan yang diberikan jauh melebihi jangkaan saya. Setakat minggu lepas, sudah lebih 500 naskhah dihantarkan kepada mereka yang juga mempunyai hobi menconteng seperti saya.

Seperti yang saya janjikan minggu lepas di facebook dan twitter, saya ingin buat satu promosi istimewa untuk pembelian buku nota di dalam bulan Julai 2012 ini, sebagai tanda terima kasih atas sokongan yang telah diberikan selama ini:

Setiap pembelian buku nota sehingga 15 Julai, 2012 ini akan mendapat hadiah tambahan tiga keping kad ucapan Kucing the Cat secara PERCUMA! Kos postage juga dikurangkan daripada RM5 kepada RM3 sahaja. 

(Bahagian hadapan)

(Bahagian dalam)
Kad ini boleh dijadikan kad ucapan hari lahir, hari raya, thank you note dan bermacam lagi.

Ini bermakna, setiap pesanan untuk seunit buku nota yang dihantar sehingga 15 Julai, 2012 ini, pembelinya akan mendapat hadiah pensel, pemadam, kalendar, jadual waktu, dan juga tiga kad ucapan. 

(Oh ya, mulai hari ini, setiap pembelian 5 buku nota pula akan mendapat senaskhah buku nota percuma juga. Promosi ini pula kekal sampai bila-bila.)

Update (15 Julai, 2012): Promosi ini buku nota edisi terhad sudah berakhir. Lebih 90 buku nota ditempah di dalam dua minggu ini. Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang menghantarkan tempahan.

Anda masih boleh menghantar tempahan seperti biasa di sini